Tajuk pun dah panjang kan? kan? Hehehe...
Alhamdulillah, hari ini menyantuni program anjuran Wisma Persekutuan Johor Bahru dengan Kementerian Belia dan Sukan.
Sebanyak lapan acara dipertandingkan iaitu catur, dam aji, damak, karom, futsal, bola jaring, bola tampar dan ping pong.
Semua jabatan kerajaan di Wisma Persekutuan dibahagikan kepada empat kumpulan iaitu Beta, Gamma, Alpha dan Delta. JUPEM masuk ke kumpulan Beta. Setiap acara membawa markah untuk bagi mencari juara keseluruhan.
Tema kumpulan Beta adalah hitam dan kuning. Mujur baju Virtual Run PESUMA Negeri Sembilan ada. Kah!
Ok, Kak Ida singgah dahulu ke pejabat untuk menyerahkan sumbangan cabutan bertuah untuk Karnival Wisma Persekutuan yang akan diadakan pada 20 dan 21 Disember 2022 nanti. Kemudian, singgah untuk bersarapan sebelum gerak ke Kompleks Belia dan Sukan (Rakan Muda) di Larkin.
Hujan gerimis sudah mula turun pada waktu ini. Mujur ada bawa jaket si dia kerana Kak Ida membuat keputusan untuk parking di luar KBS.
Oh ya, kali ini Kak Ida dipertanggungjawabkan untuk menjadi urusetia Pertandingan Catur bersama Tuan Haji Sabiq Haziq. What a new journey for me!
Syukur, tepat jam 8.30 pagi, Kak Ida sudah sampai di Bilik Mesyuarat.
Kak Ida mulakan dengan taklimat ringkas kepada semua pemain.
Pertandingan ini adalah round-robin (liga). Kumpulan yang menang akan mengumpul 2 markah, seri 1 markah dan kalah 0 markah.
Setiap pemain diberikan masa 25 minit. Jadi penentuan seri adalah berdasarkan masa yang tamat terlebih dahulu. Jika tinggal king, kiraan 16 tapak akan dimulakan.
Memang terasa bahangnya.
Syukur alhamdulillah, tugasan kali pertama ini akhirnya berjaya disempurnakan. Kami menutup permainan dengan bergambar kenang-kenangan bersama semua pemain dan urusetia.
Simpan sini sebagai kenangan. Jumpa lagi di next posting. Tata
No comments:
Post a Comment