Wednesday, August 3, 2022

Perkongsian eQC siri 2/2022

Alhamdulillah,

Hari ini menyantuni lagi Perkongsian eQC siri 2/2022 yang berkaitan tentang tajuk "keluasan" mengikut Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 6 Tahun 2009. Perkongsian kali ini dari Tuan Haji Sabiq Haziq bin Jamaludin.

Dalam fasal,

4. AMALAN KERJALUAR berkaitan tentang

4.13    Perbezaan keluasan adalah:-

4.13.1   Had penerimaan perbezaan keluasan yang diukur berbanding keluasan yang diluluskan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) adalah seperti berikut:

i. tidak melebihi 5% bagi luas di bawah 40 hektar;

ii. tidak melebihi 2 hektar bagi luas antara 40 hektar dan 200 hektar; dan

iii. tidak melebihi 1% bagi luas melebihi 200 hektar.

4.13.2    Prosedur yang dinyatakan pada para 4.13.1 di atas tidak terpakai dalam keadaan di mana lot yang diukur dilingkungi oleh sempadan-sempadan lama (lot tersepit).

4.13.3    Perbezaan yang melebihi had yang dinyatakan pada para 4.13.1 di atas hendaklah dirujuk kepada PBN melalui Pentadbir Tanah oleh PUPN atau JTB, dimana berkaitan.

PERATURAN UKUR KADASTER 2009

(a) Dalam keadaan biasa, perbezaan luas ukuran yang dibenarkan berbanding keluasan yang diluluskan dalam Permintaan Ukur (PU) hendaklah:

(i) tidak melebihi 5% bagi luas di bawah 40 hektar;

(ii) tidak melebihi 2 hektar bagi luas antara 40 hektar dan 200 hektar; dan

(iii) tidak melebihi 1% bagi luas melebihi 200 hektar.

(b) Pegawai Ukur atau Jurukur Tanah Berlesen (JTB) hendaklah memaklumkan kepada Pengarah Ukur dan Pemetaan apa-apa perbezaan antara luas diukur dengan luas yang diluluskan yang melebihi had, mengikut peraturan kecil (4) (a). Jika terdapat perbezaan ketara antara keluasan tersebut, Pengarah Ukur dan Pemetaan atau Jurukur Tanah Berlesen hendaklah merujuk perkara tersebut kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui Pentadbir Tanah.

Jika kita lihat pula,

PEKELILING PTG JOHOR BIL. 1/87 PENURUNAN KUASA KEPADA PTG DAN PTD-PTD

1. Tujuan

1.1 Tujuan pekeliling ini ialah untuk memaklumkan PTD-PTD mengenai keputusan Kerajaan untuk menurunkan beberapa kuasa kepada PTG dan PTD-PTD mengikut keputusan yang telah dibuat di dalam R.M. Bil. 209/87 bertarikh 14/02/1987.

2. Kuasa-kuasa yang telah diturunkan

2.2 Kurniaan Tanah Selepas Ukuran Halus

2.2.1 PTD diberi kuasa untuk meluluskan tanah-tanah yang telah berlebihan selepas diukur halus sekiranya keluasan yang terlibat kurang dari 3 ekar atau kurang daripada 10% daripada keluasan asal mengikut mana yang terlebih kecil.

2.2.2 Bagi tanah-tanah yang kelebihannya lebih daripada 3 ekar tetapi tidak melebihi 10 ekar dan masih kurang daripada 10% daripada keluasan asal kuasa meluluskannya adalah diturunkan kepada PTG. Bagi kes-kes yang melebihi keluasan-keluasan yang dinyatakan di atas kuasa yang meluluskannya adalah terletak kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN).

Nantikan Perkongsian eQC siri 3/2022 akan datang.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my