Tuesday, August 2, 2022

Wisma banjir lagi...

Wisma banjir lagi.

Ya Allah, sudah lama Wisma Persekutuan tidak banjir. Kalau tidak silap Kak Ida, kali terakhir Wisma banjir adalah pada tahun 2007/2007.

Hampir setengah tahun juga Kak Ida terpaksa naik turun tangga kerana lif rosak dimasuki air. Pergh, memang tidak boleh dikenang!

Hujan memang sudah mula turun dalam lingkungan jam 11.30 pagi. Pagi itu, ada Program Lawatan Khemah Pelajar GIS dari Universiti Teknologi Malaysia seramai 50 orang dan diiringi dua orang pensyarah.


Cuba spot Kak Ida dimana? Hehehe...

Mujur minggu ini, mood rajin membawa bekal datang. Cafe kehabisan makanan kerana hujan turun dengan lebatnya. Ramai yang membuat keputusan untuk membeli di cafe. Menu bento hari ini Kak Ida membawa nasi putih dan kari daging. Alhamdulillah.

Selepas berborak dan menikmati makan tengahari, Kak Ida membuat keputusan untuk berehat sementara menantikan waktu Zohor masuk. Terdengar satu panggilan dari Ambang Wira untuk mengalihkan kenderaan jika parking C. Tetapi itulah, hati ini merasakan air tidak naik. Sudah lama kan tidak banjir.

Selepas solat, Kak Ida terkejut bila memandang ke luar tingkap. Masya Allah. Air sudah naik. Kelam kabut Kak Ida dibuatnya. 


Apa lagi, bergegas Kak Ida untuk mengambil kunci kereta dah nah, Kak Ida membuat keputusan untuk keluar dari situ. At least, kalau tersadai, Kak Ida tersadai luar dari Wisma Persekutuan.

Air sudah sampai ke buku lali. Redah sahajalah. 

Keadaan air di parking C. Allahu, ngam-ngam air nak masuk ekzos kereta. 

Start enjin, terus Kak Ida keluarkan diri dari situ. Sebenarnya, yakin tidak yakin Kak Ida nak meredah air. Air sudah semakin tinggi. Membuak-buak air melimpah dari longkang. Terserempak dengan Ejam, terus Ejam kata, "jalan di belakang kereta. Pergi..." 

Pergh, berdebar. Risau kereta mati. Toleh parking bersebelahan Tabung Haji, kus semangat. Banyak kereta tersadai. Air sudah sampai ke enjin kereta pun ada. 


Risau juga kalau ada terjatuh longkang. Boleh tahan deras air disitu.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, akhirnya Kak Ida dapat keluar dari situ. Stay di Masjid Abu Bakar. Jika sudah mula surut, Kak Ida bercadang hendak berpatah balik ke pejabat.

Tetapi, nampak gayanya hujan memang tidak nampak akan berhenti...

Pengalaman awal bulan Ogos. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my