Hari kedua Kak Ida di Paya Indah Wetland untuk berkursus.
Suasana disini cukup mendamaikan. Mungkin disini adalah kawasan paya agaknya. Hahaha
Hanya melihat kehijauan disitu tanpa pencemaran.
Sebelum kelas bermula, kita ambil gambar dulu ya Kak Fairuz.
Kursus AKRAB ini diadakan di Dewan Tempua, Paya Indah Wetland.
Selepas habis tempoh waktu berkursus, Kak Ida mengajak Kak Azrina untuk berjalan-jalan di sekitar PIW. Rugi rasanya kaki sudah jejakkan kaki ke sini tanpa ada perkongsian.
Paya Indah Wetland ini berkeluasan 450 hektar. Cukup luas dan luas dan luas. Pada waktu pagi memang ramai yang berjogging. Paling menarik perhatian di PIW adalah Kolam Buaya.
Terdapat 58 ekor buaya disini ya. Kalau ada rezeki datang pada hujung minggu dan waktu yang betul (jika tidak silap Kak Ida, jam 11.00 pagi), kita boleh melihat kakitangan PIW memberi makan buaya disini. Pada hari lain tiada ya sebab memang diet buaya disini makan pada hujung minggu.
Kos makan buaya juga bukan cukup murah. Jadi, faham-faham sahajalah.
Buaya dikenali dengan Pakar Serang Hendap.
Info tentang buaya di PIW juga ada disertakan disini.
Air yang ditenang jangan disangka tiada buaya ya.
Berdekatan dengan Kolam Buaya, ada Tasik Teratai. Tasik ini penuh dengan bunga teratai yang kembang pada waktu pagi. Cantik sungguh pemandangan disitu.
Seterusnya, Kak Ida dan Kak Azrina melihat Landak Raya.
Seterusnya, Kak Ida ke Kolam Hippo. Ada dua ekor hippo disini. Ya, jika kesini jangan lepaskan peluang kakitangan PIW memberi badak makan betik ya.
Antara kemudahan lain di sediakan di PIW adalah berbasikal, menara tinjau (Kak Ida tidak sempat ke sana kerana kekangan waktu). Ralat juga rasa hati kerana pemandangan PIW cukup indah jika dilihat disini.