Friday, June 27, 2025

Sensory Wall di SEpBATI

Alhamdulillah,

Tengahari semalam dapat menyantuni adik-adik dari Tahun Dua UTM membuat pemasangan sensory wall di Bilik Permata Sensory di SEpBATI. 

Pada asalnya hendak dipasang di bahagian luar, tetapi bila difikirkan semula, agak tidak sesuai kerana faktor cahaya boleh mengurangkan jangka hayat sensory wall.


Selepas kelas mereka terus datang.


Pemasangan LED di dinding Bilik Permata Sensori


Pemantauan pemasangan oleh pensyarah. Hehehe..


Penerangan oleh pelajar kepada Cikgu Am.


Ukur jangan tak ukur... 


Akhirnya, yeayyy... Sensory wall ini dilengkap dengan auditory, tickle, fine motos dan lain-lain. Jatuh cinta melihat hasil yang dibuat oleh adik-adik ini.


Terima kasih semua. Semoga Allah membalas sebaik-baik ganjaran yang boleh digunakan oleh anak-anak berkeperluan khas disini.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my