Friday, June 13, 2025

Racun Mainan Apa Hari Ini?

Yeay, dapat juga koleksi merchandise dari GSC Cinema. 

Jatuh cinta dengan Toothless... Nama seekor naga dari filem How To Train Your Dragon

Harga set tumbler berharga RM 89.00 termasuk popcorn dan air.

Jika kita beli merchandise sahaja berharga RM 79.00.


Alang-alang ke GSC, kita layan cerita sekali. 

Sunday, June 8, 2025

Stamp Hunting dan Poskad di Mid Valley Southkey Johor Bahru

Sejenis kegigihan ok. 

Balik awal ke Johor Bahru untuk dapatkan koleksi poskad dan stamp Disney Summer Fest di The Mall Mid Valley Southkey.

Sementara si dia beratur, Kak Ida ambil beberapa keping gambar untuk kenang-kenangan.






Ramai sungguh yang join untuk stamp hunting ini. Nampak kertas warna coklat? Of course untuk journal. Hehehe...

Tadaa...

Kalau tidak silap Kak Ida, design stamp Summer Fest di MidValley Kuala Lumpur adalah berbeza dengan Johor Bahru. 

Stamp Hunting @ Tsutaya Aeon Tebrau Johor Bahru

Another new stamps hunting at Tsutaya Bookstore at Aeon Tebrau Johor Bahru.

Kak Ida berjaya spot tiga station stamps iaitu Loka Made, We Love We Care dan Shachinata.

Untuk dapatkan sekeping poskad, kita perlu membeli sebarang produk We Love We Care seperti sticker, poskad, magnet dan lain-lain. Kak Ida memilih sticker "All Around The World" berharga RM 8.00

Haruslah tampal dan cop dalam buku jurnal untuk koleksi post box dan stamps.



Berlatarkan Masjid Sultan Iskandar, Johor Bahru. Masjid ini terletak di Bandar Dato' Onn. 


Haaa... Yang ini dari Loka Made. Pendapat peribadi Kak Ida, jika mahu mulakan hobi stamps hunting boleh bermula dengan buku passport stamp. Ada tiga warna iaitu merah, biru dan hijau. Cantik untuk dijadikan koleksi peribadi. Stamp ini PERCUMA.


... Dan yang terakhir Shachinata x Kanako Okamoto. Kita kena beli sebarang produk Shchinata atau produk Artline berharga RM 20.00 dan ke atas untuk dapatkan sekeping poskad. Ada lima (5) stesen untuk lengkapkan design ini. 


Tadaa... Ini hasilnya. Cantik kan?

Stamps ini ada sehingga 30 Jun 2025. 

Check it out! 

Saturday, June 7, 2025

Selamat Hari Raya AidilAdha 1446H

Alhamdulillah, tahun ini Allah S.W.T izinkan untuk si dia berkorban dan beraya di rumah mama.

Kak Ida seronok menjalani ibadah korban disini kerana cukup teratur dan bersistem. Lembu akan sampai awal pagi dalam jam 4.00 pagi di Surau Al Falah, AU4. Kemudian, lembu akan diturunkan satu persatu mengikut giliran dari lori. 

Lembu akan disembelih mengikut arah kiblat dan ada anak muda yang memegang kanvas untuk mengelakkan lembu di atas lori melihat "kawannya" disembelih.

Tahun ini, (as usual) papa dilantik menjadi Ketua Kumpulan 4.


Gagah dan agresif betul lembu nombor 4. 


Nah, tugas rasmi Kak Ida sepanjang masa. Ambil gambar dan video. Hehehe...


Syukur alhamdulillah. #AmmarSayang membantu dari segi mengagihkan air kepada para petugas. Cuaca cukup terik menjelang jam 10.00 pagi.


Alhamdulillah, lembu sudah selamat disembelih. Ya Allah, terimalah ibadah korban suamiku.


Masa untuk melapah. 

Bangga dan seronok sungguh papa bila anak, menantu dan cucu ada untuk bersama-sama membantu melapah daging korban.





Terima kasih si dia.


Beg ini untuk diisi dengan lima (5) kilo daging, organ seperti paru, jantung, limpa dan hati serta tulang rusuk. Baki daging yang lain akan diletakkan di depan khemah surau untuk diagih-agihkan kepada kariah pula.


Inilah group papa tahun ini. Alhamdulillah. Semuanya sporting

 

Thursday, June 5, 2025

Stickerrific Di Jaya One, Petaling Jaya

Yeay, another journey for stamp hunting

Kali ini Kak Ida ke Stickerrific di Jaya One, Petaling Jaya. Antara tempat "must to go" untuk pengumpul stamps.



Kak Ida berkenan tengok set kopi ini. Heheheh...


Disini banyak sticker, journal, washi tape, poskad, notebook yang sesuai untuk bermula journal. Ikut bajet dan nah... 


Haaa.. ini tempat kegemaran Kak Ida. Oh ya, disini juga banyak koleksi peti pos. Adududu... Mulalah Kak Ida berangan kalau dapat buat berkumpul bersama kawan-kawan untuk melihat koleksi jurnal masing-masing.


Nampak deretan stamps cop disini? Sepatah kata si dia, antara kedai yang mempunyai koleksi stamps yang terbanyak.


... Dari Traveler's Company.

Yang ini, memang melting bila ditengok. 


Ada dua station cop stamps disini. Ale ale ale...

Jangan lupa dapatkan koleksi disini ok? 

Monday, June 2, 2025

Homechooling | Muzium Telekom

Hai sahabat bloggers Kak Ida.

Jelajah Muzium kali ini, Kak Ida membawa anak-anak ke Muzium Telekom yang terletak di simpang Jalan Gereja / Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

Ok, tips paling penting untuk ke muzium ini adalah pada cuti sekolah. Kita boleh parking kereta berdekatan dengan sekolah-sekolah yang ada di Jalan Gereja. Tidaklah boleh Kak Ida bayangkan kalau ke sini hendak parking dimana. Huhuhu...

Tiket masuk adalah RM 2.00 untuk kanak-kanak dan pembayaran adalah cashless ya.



Sebenarnya, kami banyak mengimbau kenangan melihat deretan-deretan telefon yang ada di zaman Kak Ida. Bermula dari duit syiling sehingga ke prepaid card.

Siapa yang ada kenangan, boleh drop comment ya!


Koleksi telefon






Oh ya, kalau datang ke sini, jangan lupa dapatkan cop kenang-kenangan Muzium Telekom ok. Bawa buku jurnal dan mintalah cop pada pegawai yang bertugas.


 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my