Hi, salam bloggers.
Kak Ida telah ditugaskan untuk meninjau tempat penggambaran untuk projek raya bagi tahun 2025. Ada beberapa tempat yang melintas di kepala dan salah satunya adalah di The Permaisuri Zarith Sofiah Opera House.
Alhamdulillah, cuaca cukup cantik sekali. Berlatarbelakangkan Singapura membuatkan pemandangan disini cukup mengkagumkan.
Bangunan ini dinamakan sempena nama permaisuri Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Balai panggung ini berkeluasan 114, 430 kaki persegi (10,631 m²) dan mampu memuatkan lebih 500 orang penonton dalam satu-satu masa.
Kak Ida tidak berkesempatan untuk masuk ke dalam Opera House. Kita ambil gambar pintu masuk pun sudah satu bentuk kesyukuran. Hehehe....
Kak Ida tidak lepaskan peluang untuk berjalan-jalan di sekitar Marina Place R&F dan Galeri Jualan sebelum ke destinasi seterusnya.
Jadi, kalau korang ada ke Johor Bahru, jangan lepaskan peluang untuk bergambar kenang-kenangan disini.
No comments:
Post a Comment