Saturday, March 23, 2024

Pengalaman ke Tealive Taman Pulai Indah

Begitulah,

Bila perancangan asal semua tidak menjadi. Hehehe...

Boleh bayangkan, dua tempat yang Kak Ida cadangkan untuk "melepak" bersama anak-anak semua tidak kesampaian. Satu kedai tutup dan satu kedai lagi seolah-olah "tiada orang". 

Haih!

Akhirnya, setelah perbincangan bersama. Kami sepakat untuk ke Tealive Taman Pulai Indah sahaja.

Anak-anak semua memilih Mac and Cheese untuk "moreh" dan pilihlah minuman kegemaran masing-masing.

Luas dan cukup selesa.

Begitulah... "Always more than tea". Trademark Tealive.

Kami menghabiskan masa disini. Puas hati melihat anak-anak menikmati makanan dengan cukup berselera. Harga pun berpatutan dengan portion yang sesuai untuk kids.

Kak Ida sempat membawa balik satu bekas. Tapi itulah, akhirnya tinggal bekas sahaja. Hehehe...

Insya Allah, boleh repeat lagi. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my