Friday, May 26, 2023

Roadschooling | Taman Rama rama Kuala Lumpur

Sebagaimana yang dirancang, kali ini Kak Ida ingin membawa anak-anak ke Taman Rama-rama yang terletak di Kuala Lumpur. Ini adalah kali kedua Kak Ida sampai disini. Kali pertama, taman ini ditutup untuk aktiviti penyelenggaraan. Tidak mahu pisang berbuah dua kali, Kak Ida membuat keputusan untuk membuat satu panggilan telefon untuk memastikan taman ini masih dibuka atau tidak.


Kak Ida mengambil pakej keluarga iaitu membayar harga tiket sebanyak RM 50.00 (Dua dewasa, tiga kanak-kanak). Tambahan RM 5.00 untuk makanan ikan. Parking adalah PERCUMA. Hehehe...



Berbaloi membawa anak-anak disini. Kami "melarikan diri" dari kesibukan kota.











Bukan mudah untuk mendapatkan sekeping gambar anak yang cantik. Hehehe...







Keluar dari taman ini, kita akan masuk ke ruangan pameran atau sudut pembelajaran. Disini, ada perkongsian tentang kitaran hidup seekor rama-rama, moth, serangga dan lain-lain lagi.






Khas untuk rakan sehobi. Sekeping poskad bercop alamat taman rama-rama.



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my