Tuesday, May 30, 2023

Roadschooling | Wetland Studios, Putrajaya

"Jom bang, kita ke Wetland Studios nak? Tempat ni kat Putrajaya."

Menariknya Wetland Studios adalah ia merupakan taman animasi milik KRU Studios yang bertemakan Taman Edupelancongan yang terletak di Wetland Putrajaya dan baru dibuka pada 26.05.2023 yang lalu. 

Bila si dia menyatakan persetujuan, Kak Ida terus buat research tentang harga tiket, cara hendak ke sana serta apa lagi yang menarik dan lain-lain.


Tiket boleh dibeli di pintu masuk. Harga tiket seperti gambar dibawah. Terima kasih tidak mengabaikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).

Mujur kami menangguhkan hasrat untuk pergi pada hujung minggu. Atas saranan adik Kak Ida, lebih baik pergi pada waktu weekdays dimana orang kota sedang bekerja.


Masuk sahaja ke Wetland Studios, anak-anak sudah menjerit suka. Memang mengagumkan melihat lampu dan hiasan yang bertemakan animasi ini. 






Terdapat beberapa seksyen di dalam bangunan animasi ini. Antaranya serangga (Insectopa), dinasour, dan lain-lain. Sudah namanya studio animasi kan, pertama kali Kak Ida nampak pokok boleh bercakap dengan kita. Kak Ida tengok pun kagum. Hehehe....








Selesai ke ruangan ini, kita ke ruangan Dinasour pula. 






Seterusnya, kami ke Jungle Jive. Binatang-binatang hutan seperti gajah, harimau, buaya dan lain-lain ada disini. "Jinak" betul.









Disini anak-anak boleh mewarna dinasour. Hasil mewarna, akan dipaparkan diskrin. Memang menarik.




Sejujurnya, jika orang tanya berbaloi atau tidak untuk datang ke sini, pendapat peribadi Kak Ida tetaplah berbaloi terutama anak-anak yang minat dengan dunia animasi. 

Kemudian, kita boleh jalan-jalan di sekitar Taman Putrajaya ini. 

Monday, May 29, 2023

Kembara ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PABKL2023)

Kembara PABKL datang lagi. Kali ini Kak Ida datang berdua sahaja dengan si dia. Ya, Kak Ida sengaja datang pada waktu malam untuk mengelakkan kesesakan kerana pada waktu itu, warga kota sedang bekerja.

Selepas solat Asar, roda kereta laju bergerak ke LRT Stesen Setiawangsa. Kami tidak mahu mengambil risiko untuk memandu ke sana. Tambang LRT dari Stesen Setiawangsa ke LRT Masjid Jamek hanya RM 2.00 seorang.  Lagi murah dan berbaloi kan?



Pemandangan Kuala Lumpur pada waktu petang.


Bila kami sampai di Masjid Jamek, kami berdua perlu menaiki bas untuk transit ke Stesen Bandaraya. Transit bas ini ditawarkan PERCUMA. Cuma disini memakan masa yang agak lama kerana bas akan menunggu orang lain untuk sama-sama naik. 


Sejujurnya, kita perlu fit untuk ke PWTC. Kita perlu berjalan kaki lebih kurang 15 minit ke PWTC. Memang tidak banyak gambar yang Kak Ida ambil. Fokus berjalan. Gituw!


Mujur Kak Ida sudah siap-siapkan reruai mana yang perlu dituju. Tidak mahu membuang masa kerana PABKL akan ditutup jam 10.00 malam.



Buku anekdot "JUMPA" ada di reruai SHE 3155 dan 3156. 



Dapatkan tau sehingga 4 Jun 2023. Jangan lupa drop di bahagian komen "saya dah beli". Hehehe... 


Seterusnya, Kak Ida ke reruai Jejak Tarbiah untuk mendapatkan buku "Rumah Sejuta Buku". Hasil kompilasi penulisan Goodreads Malaysia.

Kami terus pulang sejurus dapat buku yang diidamkan. Tidak mahu bertembung orang mahu balik serentak. Terima kasih si dia kerana sudi menemani untuk tahun kedua Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur edisi Tahun 2023.

Jumpa lagi edisi Tahun 2024 nanti. Insya Allah.

Saturday, May 27, 2023

Pengalaman ke International Cafe and Brew Show (ICBS) di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Malam sebelum itu, si dia ada berkongsi satu exibition yang sedang berlangsung pada 25-27 Mei 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) tentang kopi. 

Wah, kopi? Menarik!

"Jom bang, esok kita pergi..."

Dalam jam 9.00 pagi, roda kereta bergerak ke LRT Setiawangsa untuk naik LRT ke KLCC. 

Kami berdua mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan di Taman KLCC. Datang awal pagi, orang masih belum ramai lagi. Kalau tidak, memang sangap...



Yeay, sudah sampai di ICBS. Alhamdulillah.


Exibition ini ada beberapa kategori untuk trader dan visitors. Program dua hari lebih tertutup untuk barista dan trader. Manakala untuk visitors dibuka pada 27 Mei 2023.

Kami membuat keputusan untuk "tarik nafas" di cafe ini dulu.


Selepas pendaftaran, memang meriah umat manusia di dalam exibition ini. Rupa-rupanya ada program sedang berlangsung di pentas utama.


Rezeki dapat jumpa otai Kopi Bancuh disini. Alhamdulillah.


Selepas bertanya khabar, kami meneruskan misi untuk melihat apa yang ada di dalam exibition ini. 






Inilah kedai kopi pertama kami di Muar. Menggamit kenangan sungguh.


Selain kopi, ada juga booth menjual teh jenama Whittard. Memang padu rasa tehnya. Kak Ida berkesempatan untuk merasa teh perasa ros dan juga lemograss (serai).




Pastri juga ada disini. Jika pemilik cafe ingin mendapatkan pastri untuk diletakkan di cafe, ini adalah tempatnya. 




Jenama gula yang popular digunakan untuk kopi.






Alhamdulillah, terima kasih atas pengalaman ini. Terima kasih kerana menjemput kami. Ada rezeki, kita berjumpa tahun hadapan pula. Insya Allah.

 


Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my