Wednesday, September 14, 2022

Rakan Taman Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Alhamdulillah, another achievement unlocked.

Syukur, Pertubuhan Ibubapa Anak-anak Istimewa Johor Bahru telah didaftarkan sebagai Rakan Taman di Hutan Bandar Mutiara Rini pada 1 April 2022 yang lalu.


Allahu, Kak Ida sungguh terharu atas kerjasama ini.

Pada jam 10.00 pagi, bertempat di Pejabat Hutan Bandar, Kak Ida mewakili GIAT menerima sijil ini bersama Kak Masni dan Kak Zida. 

Kami kemudian dibawa di sekitar Hutan Bandar untuk memilih "Rumah Limas" untuk GIAT. Antaranya di Terengganu, Sabah, Johor dan Batu Pahat.

Rambang mata kami dibuatnya. Semua Rumah Limas disini cantik-cantik belaka.

Yeay, akhirnya kami membuat keputusan memilih Rumah Limas Batu Pahat untuk GIAT. Banyak faktor diambil kira iaitu persekitaran yang luas untuk anak-anak istimewa, kemudahan seperti tandas dan parking juga tiada longkang yang terbuka.

Dari sudut hati yang paling dalam, terima kasih kepada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. 

Insya Allah, banyak program "outdoor" yang boleh dibuat selepas ini. Tidak sabar rasanya.

Jumpa lagi di entry akan datang. Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my