Sunday, September 25, 2022

Perjumpaan Kali Pertama FHT Johor

Alhamdulillah,

Percubaan untuk berjumpa kali kedua akhirnya berjaya bagi FHT Johor. 

Balik dari Desaru, Kak Ida bergegas ke Starbucks Taman Setia Tropika untuk berjumpa filatelis dan rakan sehobi. Mujur jalan tidak sesak walaupun memakan masa hampir 40 minit dari Desaru.

Tuan Chung Kay Ho terus berkongsi tentang koleksi yang beliau bawa. Memang wow walaupun ianya perkongsian First Day Cover bagi tahun 2022.

Sekeping First Day Cover boleh menceritakan sejarah, postmark, tempat, cara menyusun setem atau Miniature Sheet dalam satu sampul serta yang berkaitan dan lain-lain lagi. Memang menganga mulut Kak Ida sekejap.

Sebenarnya, effort di sebalik sekeping FDC itu. Gituw!

Kami sebulat suara untuk mengiktiraf Tuan Chung sebagai "engineer stamp!" 

Perjumpaan kali ini juga, Kak Ida dapat melihat FDC yang ditandatangani oleh Sultan Johor secara dekat hasil koleksi mereka.

Kami bertukar-tukar pendapat, pandangan dan perkongsian tentang filateli di Johor. Insya Allah, ada projek yang akan menyusul di penghujung bulan November nanti.

Pengalaman baru untuk Kak Ida pastinya. 

Terima kasih Sir Ramesh, Sir Chung Kay Ho dan Dr Mohd Azlan. 

Kami akhiri program perjumpaan kali ini dengan menandatangani sekeping poskad sebagai kenang-kenangan.

Kita jumpa lagi.

"Hobi Menyatukan Masyarakat"

Saturday, September 24, 2022

Hari kedua di Lotus Desaru Beach and Spa Resort

Second day.

Ya, anak dari semalam sudah meratib untuk ke waterpark disini.

Hari ini, kami realisasikannya.

Kami minum pagi di Teratai Coffee House. Menu di cafe ini memang mempunyai banyak pilihan dan sedap-sedap belaka. 

Selepas makan, kami naik ke bilik untuk menukar baju mandi. Selesai semua, terus ke waterpark yang tidak jauh dari blok penginapan kami. 

Mostly, kami sekeluarga banyak menghabiskan masa di sini. Mandilah sepuas-puasnya sehingga penat. Tiket masuk waterpark kalau tidak silap berharga RM 5. Berbaloi bukan.

Ada lazy river dan juga curahan tong air untuk disimbah. Seronok tengok anak-anak menikmati zaman kecil mereka.

Menjelang tengahari, kami ke Seaview untuk menikmati makan tengahari. Sungguh, makanan disini tidak mengecewakan. Setelah kenyang, kami berhenti rehat di bilik untuk ke pantai pula pada waktu petang.

... menjelang petang, anak-anak sudah mula meratib. 

Kita tukar baju mandi dan terus menghala ke pantai. 

Subhanallah, rasa lapang bila dapat melihat view pantai.

Ibu jadi "pantai girl". Upgrade tugas dari "kolam girl." Heheheh...

Cuaca cukup cantik. Lewat petang baru agak redup. Alhamdulillah.

Anak-anak membuat sand castle, mandi laut dan bermain bubble giant. Ibu dan ayah pula ambil kesempatan dating berdua dengan bermain jet ski. 

Memang best! Adrenalin mengalir laju. 

Lewat petang, ibu ajak anak-anak balik untuk bersedia makan malam pula. Sebelum itu, Kak Ida belanja anak-anak makan waffle untuk mengalas perut.

Pasti lapar bila menghabiskan masa di pantai kan? Hehehe.

Kami makan malam di Seaview. Ada masa lapang, anak-anak menyambung bermain bubble giant di padang. Maksimumkan masa yang ada bersama keluarga.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Moh kita balik ke bilik. Rehatkan diri untuk hari terakhir esok. Insya Allah.

See you next posting. Tata.

Friday, September 23, 2022

Family Day di Lotus Desaru Desaru Beach and Spa

Retreat my weekend.

Alhamdulillah, si dia membawa kami sekeluarga ke Desaru. 

Kami menginap di Lotus Desaru selama tiga hari dua malam di sini.

Kami sampai dalam jam 5.15 petang. Terus check-in bilik 

Penginapan bilik eksekutif ini sangat selesa dan luas. Sesuai dengan jumlah bilangan keluarga kami. 

Bilik tidur terletak di tingkat mezanin dan menempatkan katil bersaiz king. Luas bukan?

Setelah meletakkan beg, kami membuat keputusan untuk berjalan-jalan sekitar Lotus Desaru jika ada perubahan. Kali terakhir kami pergi adalah pada tahun 2016 bersama mama dan papa. 

Tiada perubahan ketara, mungkin kerana pasca PKP. 

Berdekatan dengan lobi, ada taman burung disini yang menempatkan burung merak, pigeon, angsa dan lain-lain.

Kami survey sekali tempat makan iaitu di Teratai Coffee House.
Berdekatan dengan coffee house, ada padang dan juga merupakan laluan ke pantai.
Alang-alang, ambil peluang menghabiskan 3.5 km Charity Virtual Run.

Sementara menantikan waktu makan malam jam 7.00, kami melayan anak bermain giant bubble di padang. Meriah!

Berhenti sekejap makan malam, anak-anak menyambung bermain giant bubble.
Kita sambung esok pula untuk hari kedua kami di Lotus Desaru. See you next posting. Tata!

Program Kemasyarakatan : Peluang ke-2 Murid Berkeperluan Khas Selepas Persekolahan

Salam GIAT

Pertubuhan GIAT akan menganjurkan Parents Support Group 3/2022 seperti berikut:

PROGRAM KEMASYARAKATAN: PELUANG KE-2 MURID BERKEPERLUAN KHAS SELEPAS PERSEKOLAHAN

Penceramah : Dr. Muhammad Khairul Anuar bin Hussin, PK PPKI SMK Taman Universiti 1

Tarikh : 24.09.2022 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat : Bilik Seminar 1&2, Bangunan Ixora, Hospital Permai.
Link Pendaftaran: https://bit.ly/3Uix9rd

Bayaran adalah untuk setiap penyertaan: RM 20.00/Peserta (Ahli GIAT RM 10.00)

Bank Islam : 0104-10100-39570 (PERTUBUHAN IBUBAPA ANAK-ANAK ISTIMEWA JB)

Pertanyaan, hubungi/whatsapp:
☎️ Ida 0196558504
☎️ Masni 0197205106
☎️ Zida 0162339340

Tempat TERHAD untuk 50 orang peserta sahaja.

Keutamaan diberikan kepada yang telah membuat pembayaran.

Mohon hebahan.

Terima kasih.

Kursus Pengurusan Jenazah Wanita secara praktikal JUPEM Johor

Alhamdulillah, selesai sudah satu tanggungjawab dan amanah menjadi emcee bagi Kursus Pengurusan Jenazah Wanita secara praktikal di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor anjuran Biro Agama, PUSPANITA JUPEM Johor.

Seramai 25 orang ahli PUSPANITA telah hadir ke kursus ini. Terima kasih team kerana sentiasa menyokong program kami.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Kak Norazimah Rayian bagi memberkati lagi majlis ilmu.

Kemudian, kata-kata aluan oleh Puan Nur Hayati binti Ayob, Setiausaha PUSPANITA JUPEM Johor mewakili Pengerusi JUPEM Johor yang tidak dapat hadir bersama-sama pada program kali ini.

Seterusnya, kursus ini diambil alih oleh Puan Suhaila binti Mohd Taib, pemandi jenazah dari Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru yang mempunyai pengalaman lima tahun dalam bidang ini.

Pelbagai pendapat, pengalaman dan ilmu telah dikongsi bersama-sama kami.

"Sebagai pemandi jenazah, mulut perlu dijaga bagi menjaga aib jenazah." begitulah pesanan beliau kepada kami.

Antara yang kami belajar ialah bidang kain kafan yang digunakan, cara mengikat tali kafan, mengenali serbuk cendana, kayu barus dan juga akar sintok. 

Kami turut diajar cara memandikan jenazah secara tayammum seperti jenazah Covid atau jenazah yang mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV, Tibi dan lain-lain penyakit.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah dan juga mengambil gambar kenang-kenangan bersama beliau.

Alhamdulillah, kita jumpa lagi perkongsian program akan datang. Tata!

Appreciation post

Maafkan Kak Ida kerana lambat membuat posting.



Awal bulan September, anak Kak Ida diuji dengan +ve covid. Komitmen untuk keluarga adalah first priority. Semua urusan akan ditangguhkan serta-merta. Terima kasih kerana memahami kesulitan yang timbul.

Ok, terima kasih kepada:

Neltz D. Junior - Kak Ida juga tidak pernah ke Rome, someday kita boleh ke sana nanti.
Visit Malaysia 2014 Perak - Terima kasih Dr Asyiqin Ab Halim . Tambah lagi koleksi poskad bertemakan Visit Malaysia ini. Yeay! Satu lagi poskad bertemakan Bali. Sebenarnya, Ida tak pernah ke luar negara. Hehehe...

Kak Jasmin Mohd-zain - Jatuh cinta dengan poskad bertemakan Paris yang terkenal dengan ibu kota cinta. Ada rezeki, kita pergi sama-sama ya kak.
 
Terima kasih Tuan Mohamad Kholid atas kiriman poskad. Ya betul, Ida setuju. "Jauh perjalanan, luas pengalaman" yang kita akan perolehi.

Kak Ida hanya pernah pergi ke Kota Kinabalu, Kundasang dan juga penghujung Sabah. Insya Allah, akan ke Sandakan nanti ya Afiqah Mahyuddin .
 
Kak Yatee Saidi kiriman poskad bertemakan Muzium Islam Malaysia. Nantikan poskad Ida ya kak.
Kak Khazanah Malaya , rindu Kuantan. Pernah belajar di POLISAS pada tahun 2010. Banyak sebenarnya kenangan di Kuantan. Hehehe
 
Chong Yoke Ming . Kak Ida masih terhutang sign. Hehehe. Ada rezeki kita jumpa di Melaka.

Kak Mazlina Mohd Yusof . Akhirnya, lengkaplah sudah poskad Hornbill bila poskad negeri Melaka ini sampai. Terima kasih kakak manis.

Auntie Joan Tan , nanti kita jumpa ya bila Ida singgah ke Melaka.
 
Sir Philip Tan , terima kasih atas kiriman poskad bertemakan Penang Museum Hotel. Saya pernah jejakkan kaki ke Penang 4 tahun yang lepas tidak silap dengan #GengMakJemah.
 
Tuan Ahamad Emran . Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memang sentiasa di hati. Sep sikit orang IC 14.
 
"Hobi Menyatukan Masyarakat."

Saturday, September 17, 2022

Our New Journey | Bahagian Tiga

Pergh, edisi "Our New Journey" sudah masuk bahagian tiga. 

Hari ini mama siapkan sarapan bihun cili padi untuk si dia dan papa. 

"Kena makan menu yang berat-berat. Banyak tenaga nak guna." begitulah kata mama.

Selepas bersarapan, kata papa, nak fokus menebas di bahagian atas pula. Sempadan tanah dengan jiran sebelah.

Perghh.. dapat bayangkan pokoknya macam mana di bahagian atas tu. Memang kus semangat.

Kak Ida dan mama pula ke Pasar Kuala Klawang untuk membeli barang dapur sebelum masuk ke dusun.

Lebih kurang jam 11.03 pagi, papa berkongsi gambar hasil "tebasan" dari awal pagi. 

Batu sempadan.

"Eh? Kura-kura pa?" 

Simpan kenangan ini di dalam blog. Mujur tak "tertebas" sekali. Hallah hallah...

Banyak lagi yang perlu dilakukan. Allahuakbar.

Tengok jam, sudah menjelang tengahari. Mama membuat keputusan untuk masak.

 Menu apa hari ini?

Pheww, ayam goreng, sambal petai dan ikan bilis dan sup kepala ikan merah.

Dalam jam 11.30 pagi, si dia dan papa naik ke baruh untuk makan tengahari dan berehat sebentar. 

Dalam jam 2.30 petang, si dia ajak ke Pekan Kuala Klawang untuk mencari getah terpakai untuk sesi bakar pokok dan daun kering.

Tetapi, bila tengok keadaan cuaca, nampaknya Jelebu akan hujan beserta ribut petir.

Sudahnya, kami berdua buat keputusan untuk lepak di Apacaba Coffee untuk perbincangan dua hala dan mencipta impian serta merencana masa depan bersama. Ewah!

... dan nah, petang terus masuk ke kebun semula.

Cendawan kukur tumbuh di pokok getah yang reput. Best kalau dapat buat masak lemak cili padi. Hehehe...

Sambil menemani si dia, Kak Ida menulis blog. 
Begitulah.

Ok, kita jumpa lagi next posting. Tata!

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my