Wednesday, July 8, 2020

Pengalaman ke Legoland musim PKPP

Hari yang dinanti oleh anak-anak sudah tiba.

Yeay, kita akan ke Legoland hari ini ya anak-anak. Semuanya cukup excited. (read: termasuk kami berdua).

Kak Ida TERjumpa promosi ke Legoland ini melalui Facebook. Terus tepek ke #GengBFF. Sekadar ingin berkongsi...

...

Tetapi, ternampak iklan ini semula bila ada sahabat manis update status tentang "Stay 1 Night Get 2nd Night Free". Rupa-rupanya, harga asal satu malam adalah RM 770. Boleh tahan juga harganya. Kak Ida yang salah faham selama ini. Jadi, penjimatan hampir 50% disitu.


Promosi ini membuatkan Kak Ida tidak senang duduk. Terus scroll dan nah, akhirnya Kak Ida buat keputusan untuk ke sini. 

Alang-alang ke Legoland Hotel, along tempahkan Premium Pirate Themed. Ini semua gara-gara ada "ship!" untuk Ammar.

Today's the day.

Seawal pagi, Kak Ida ke Pejabat Pos. Mengurus barang dagangan ByKamilia disitu. Selepas itu, kami menikmati "brunch" di Anjung Desa, Taman Universiti.

Sampai dirumah, Kak Ida terus bersiap-siap untuk masak tengahari dan membawa sedikit bekal untuk makan malam. Kak Ida memilih menu sup ayam untuk seisi keluarga.

Selesai semuanya, kami terus bergerak.

Kami sampai di Legoland jam 3.04 pm. Alhamdulillah, traffic lancar.


Yeay, welcome to Legoland.

Anak-anak sudah menjerit keriangan. Tidak percaya Legoland ada di depan mata agaknya. Hahaha

Kak Ida bercuti dalam tempoh PKPP. Banyak #NewNorm yang harus dipatuhi. Check-in menggunakan apps My Sejahtera, dan sentiasa menggunakan hand sanitizer.





Mujur anak-anak sudah memahami social distancing. Tetapi, itulah. Kadang-kala lupa diri.

Dalam lif lagi, kami disambut dengan alunan muzik. Berjoget-joget Aina dan Adilah bila mendengar lagu rancak yang berkumandang di dalam lif.

Kak Ida terus menuju ke Reception untuk urusan check-in. Disini, kita kena declaration tahap kesihatan kita untuk dua minggu yang lepas. Manakala untuk breakfast, kita kena tetapkan masa untuk turun bersarapan. Sama ada jam 7 pagi, 8 pagi, 9 pagi dan 10 pagi. Setiap keluarga hanya diperuntukkan selama 45 minit sahaja. Baki 15 minit untuk staf Legoland membuat sanitize semula.

Alhamdulillah, check in semua lancar dan tidak memakan masa yang lama. Tetapi itulah, tersangkut lama di lobby kerana bagi masa pada anak untuk explore lego disana sini. Hahaha...

Ok anak-anak, jom kita ke bilik.


View lift


Lampu di sekitar Pirated Theme.


Ruangan katil anak-anak.


Bilik ibu dan ayah.



Masuk ke bilik anak-anak menjerit lagi. "Ibu, bestlah tempat ini..."

Hati ibu terus berbunga-bunga. Hilang rasa penat mencari rezeki.

Bilik ini dilengkapi satu katil king dan satu katil bunk bed. Bilik ini terpisah dua bahagian. Memang privasi. Selain itu, ada fridge, toiletries dan welcoming drink.

Hiasan memang bertemakan Pirate's. Ada monyet, sauh, lampu lama dan banyak lagi. Semua hiasan berasaskan dari Lego.


Ada sekotak lego untuk mereka bermain. Treasure Chest kami akan buka lewat petang nanti. 

Kami bagi peluang untuk anak-anak bermain dulu di bilik. Manakala kami berdua keluar untuk melihat apa lagi aktiviti yang disediakan oleh pihak hotel.

Stay tuned for next episode. Hihi

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my