Tuesday, June 9, 2020

Koleksi indoor plants kami

Hai semua.

Apa khabar? Kak Ida doakan pembaca blog Kak Ida sentiasa sihat dan dilindungi oleh Allah swt. Lagi-lagi, Covid 19 masih belum lagi reda tetapi sudah nampak perkembangan positif.

Semalam, kami mengambil keputusan untuk keluar mengambil angin. Alang-alang keluar, Kak Ida buat COD IVMist di Petron Skudai. Rezeki jangan ditolak kan.

Kemudian, kami buat keputusan untuk mengambil surat dirumah sewa. Alhamdulillah, rezeki bila tuan penyewa ada dirumah. Sempat lagi Kak Ida jeling pokok-pokok mama yang masih ada. Tapi, pokok pucuk ubi pulut mama sudah tumbang dimakan anai-anai. Huhu.

Selesai mengambil surat, kami meronda sekitar taman. Terkenang zaman Kak Ida dibesarkan disitu.

"Eh, abang, ada pokok snake plant!". Teruja betul kami bila ternampak pokok ini ditepi longkang rumah mama.

Si dia berhentikan kereta untuk memastikan pokok yang Kak Ida maksudkan. Fuh, memang besar. Alhamdulillah.



Lepas itu, kami bercadang nak ke Eco Taman Universiti untuk membeli pasu. Kus semangat, ramainya umat beratur untuk masuk ke dalam. Batalkan hasrat lalu kami berdua melencong ke Lima Kedai. Rumah mak mertua Kak Ida.

Telefon biras, mereka ada dirumah. Kami terus ke sana. Kata si dia, rumah mak banyak pokok indoor plants. Mana tahu, ada anak-anak pokok yang boleh diambil untuk ditanam dirumah.

Alhamdulillah, memang banyak. Rupa-rupanya biras memang minat menanam juga.



Pokok keladi

Lempoyang.


Bunga ini akan kembang setiap jam 10.00 pagi. 


Penuh tangan kami menjinjit pokok balik kerumah. Seronok betul bila melihat koleksi pokok biras. Menjadi-jadi. 

Apa orang kata, "sejuk tangan".

Terima kasih biras. Insya Allah, terima kasih kerana menjamu kami. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my