Selamat ulangtahun untuk kami berdua.
Alhamdulillah, rumahtangga yang dibina sudah mencecah 13 tahun.
Terima kasih kerana menjadi sebahagian dari hidup Ida dan anak-anak. Berikan sayap untuk Kak Ida terbang lebih tinggi tanpa mematahkan sayap Ida.
Terima kasih abang untuk setiap penat lelahmu, pengorbananmu dalam mencari rezeki yang halal dan setiap pertolongan yang diberikan dalam membantu isterimu ini.
Hari ini juga, Kak Ida merancang kejutan khas untuk si dia. Menempah #Romantic Lunch di Suasana Suite Cafe untuk melihat pemandangan Bandar Johor Bahru dari Tingkat 33A.
Sebelum itu, kami bersiar-siar di City Square Johor Bahru. Semenjak PKP, inilah kali pertama kami jejakkan kaki ke sini. #NewNorm.
Menjelang jam 12.30 tengahari, Kak Ida sudah sampai ke cafe. Kami mengambil peluang untuk bergambar kenangan disitu. Fuh, cantik weh...
OOTD. Gituwww...
Pemandangan bandar Johor Bahru dari Tingkat 33A.
Sejujurnya, memang cukup istimewa layanan yang diberikan oleh staf. Makanan yang terhidang juga cukup menyelerakan. Kenyang sampai ke petang.
Sup cendawan dan roti.
Chicken chop.
Puding roti.
... dan inilah kemuncaknya.
Ucapan istimewa dari SSC Ambassador sempena ulangtahun perkahwinan kami berdua.
Terima kasih atas layanan staf. Pakej mendoakan perkahwinan kami kekal sehingga ke syurga. Satu kenangan manis untuk kami berdua kenang seumur hidup. Insya Allah.
Selamat ulangtahun abang!