Monday, July 1, 2019

Breastfeeding Journey | Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu (KSPSI)

Hari ini memenuhi jemputan Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu (KSPSI) di Dewan Dapur Sihat Masyarakat, Klinik Desa, Kampung Maju Jaya peringkat Daerah Johor Bahru.

Kursus ini merupakan anjuran Unit Pemakanan, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru berkaitan dengan World Breastfeeding Week 2019.

Kak Ida mewakili Klinik Kesihatan Taman Seri Orkid, Johor Bahru. Alhamdulillah.

Pertama kali Kak Ida menjejakkan kaki ke klinik kesihatan ini. Rumah kayu. Teruja betul setiap kali Kak Ida memijak lantai. Seolah-olah berada di kampung.




Sudah lama sebenarnya kursus ini tidak diadakan. Kali terakhir kursus ini dibuat adalah pada tahun 2015 jika tidak silap Kak Ida.

Beberapa tajuk yang dikongsikan dalam kursus kali ini iaitu:-

1. Anatomi dan fisiologi penyusuan susu Ibu dan jaundis dan penyususan Susu Ibu.
2. Komunikasi dalam penyusuan susuibu.
3. Teknik memposisikan bayi dan ragam bayi dalam penyusuan susuibu.
4. Bagaimana mengatasi masalah biasa penyusuan susuibu.
5. Menambah penghasilan susuibu dan relaktasi dan pengendalian susu perahan.
6. Pemakanan ibu menyusu dan pemakanan bayi dan kanak-kanak kecil.
7. Penyusuan susuibu bagi ibu bekerjaya.
8. Penyediaan pemberian makanan dan peralatan penyusuan susuibu.
9. Penyampaian hadiah, cenderahati dan bersurai.

Kursus ini memang padat bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.






Cuba spot Kak Ida dimana. Hihihi


Bergambar kenangan bersana Kj Nafizah dari Hospital Sultan Ismail. Beliau juga merupakan "orang kuat" dalam penyusuan susuibu di HSI. 

Pada sebelah petang pula, peserta kursus perlu membuat model breast dari stokin kaki. Kelengkapan yang diberi adalah stokin, kekabu, jarum dan benang. Kalut juga kami menyiapkan sambil mendengar taklimat.


Model breast ini selalunya akan digunakan untuk membantu ibu memahami anatomi dan fisiologi pada payudara. Salah satu alat bantuan penting untuk membantu ibu menyusu.

... dan ya, hanya seorang pemenang sahaja yang akan dipilih oleh juri.

 Nah hasilnya, ini sahaja yang Kak Ida mampu hasilkan. Teringat kenangan membuat model breast di Kursus Laktasi 20 jam yang lalu, Kak Ida buat aveoli, lemak dan aerola bagi melengkapkan lagi model breast Kak Ida. Terima kasih rakan sekursus yang membantu Kak Ida menyiapkan model ini.


Disebabkan kekurangan kelengkapan, gigih Kak Ida menjahit untuk bahagian aveoli. Aerola pula Kak Ida warnakan dengan pen marker yang dipinjam dari sahabat kursus. Hihi.


Bergambar kenangan bersama peserta kursus.


Demo cara mencuci peralatan penyusuan susuibu. Kebersihan adalah perkara paling penting yang perlu dititikberatkan oleh ibu yang menyusukan anak.


Kami diberikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada semua peserta yang hadir. 


Kejutan terakhir adalah penyampaian hadiah. Kak Ida merupakan pemenang membuat model breast. Allahu, tidak sangka juri memilih Kak Ida. Rezeki namanya.



Alhamdulillah, kursus ini selesai akhirnya jam 4.45 petang. Sebelum balik, kami bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. 


Nah, hadiah dan cenderahati yang Kak Ida dapat pada hari itu. Terima kasih kepada penganjur, peserta kursus dan yang terlibat secara langsung atau tidak.

Ia memberi makna pada Kak Ida dalam menambah ilmu dan input dalam dunia penyusuan susuibu.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my