Thursday, June 6, 2019

ST Rosyam Nor Setiawangsa

Welcome home abang, Mohammad Syamsul Kamisan

Siang dan malam tiada beza di Kuala Lumpur. Selepas selesai menonton wayang, kami mencari dobi 24 jam untuk keringkan baju. 

Eh, ada ST Rosyam Nor la... Selalu Kak Ida dengar nama supermarket ini. Alahai, dekat rupa-rupanya dengan rumah mama.

ST Rosyam Nor dibuka 24 jam ya. Jadi, kalau orang yang tidak sempat untuk membeli barang dapur pada waktu siang, boleh singgah pada waktu malam. Memang selesa.


Kak Ida mengajak si dia merasai pengalaman shopping di supermarket 24 jam di Kuala Lumpur. Jom tengok apa yang ada di ST Rosyam Nor.

Mana tahu rezeki jumpa Rosyam Nor pula kan? Hahaha


Kita check-in papan tanda dulu... yeahhh...

Alang-alang esok nak ke Jelebu, Negeri Sembilan, Kak Ida dan si dia mahu membeli jajan untuk dimakan di dalam kereta. 



Di ST Rosyam Nor banyak makanan yang eksotik ya kawan-kawan. Sebagai contoh, sotong kurita ini. Harganya pun boleh "dengar" lagi berbanding kalau kita beli di tempat lain.


Ini bahagian ikan. Pertama kali Kak Ida jumpa ikan bersirip biru ini. Huhuhu

Kebanyakan barangan basah disini segar-segar. Jadi, tidak perlu risau. Semua lengkap dalam satu bumbung walaupun tidak sebesar Giant, Tesco atau lain-lain.


Mostly, ramai yang kata ayam di ST Rosyam Nor ni murah. Yes, i admit. Cuma Kak Ida tidak beli la... Sekolah RM 5.8+/sekilo ketika itu.

Susunan barang pun tidak serabut. Jadi, kita mudah mencari barang apa yang kita mahu. 


Oklah, disebabkan Kak Ida mengambil cucian kering yang memakan masa setengah jam sahaja, cukuplah Kak Ida buat review disini.

Yok, kita sokong orang kita berniaga.

See you next entry. Tata

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my