Saturday, November 17, 2018

Kolam Rongali

Selepas usrah dari Cik Jah, Kak Ida terus bersiap-siap untuk ke membuat Colum atau Kolam Rongali di Taman Sri Skudai.


Kelas ini disantuni oleh sahabat baik Kak Ida dari kecil, Puan Rathiga Devi.

Ok, sebelum itu Kak Ida kongsikan apa itu Kolam Rongali.

Kolam merupakan lukisan di atas lantai di halaman rumah ataupun kuil dan ia adalah salah satu daripada tradisi masyarakat India. Perkataan ‘kolam’ dalam bahasa Tamil membawa maksud indah atau cantik.

Menurut Puan Rathiga, dahulunya kolam dibuat dengan menggunakan tepung ubi. Ini kerana bagi masyarakat India, kolam adalah salah satu cara yang mudah untuk melakukan kebajikan. Bukan hanya cantik untuk dipandang bahkan turut menjadi sumber makanan kepada serangga kecil, semut dan burung.

Antara bahan yang biasa digunakan untuk menghasilkan kolam adalah beras, tepung, kerisik kelapa serta sagu yang diwarnakan dengan pewarna makanan yang selamat untuk dimakan. Corak merak, bunga dan lukisan abstrak sering menjadi pilihan orang ramai dan diwarnakan mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing.

Untuk persediaan kelas ini, Rathiga telah memilih beras dan beliau telah mewarnakan beras sebanyak 7kg. Mudah untuk anak-anak menabur beras berbanding serbuk.

Ada lima warna disediakan iaitu warna merah, merah jambu, biru, hijau dan kuning dan tiga corak yang berbeza dilukis dilantai.

Kelas dimulakan dengan Puan Rathiga menunjukkan bagaimana cara menabur beras pada corak tersebut. Kita perlu pandai bermain dengan warna untuk menaikkan colum.



Aisyah menabur beras pada corak yang berkenaan.


My teacher's today. Puan Rathiga Devi.


Seronok budak-budak (read: mak budak sekali), menabur beras. Terapi paling baik.



Tadaaa... inilah hasilnya colum kami. Cantikkan.

Sebenarnya, Puan Rathiga menyediakan corak ringkas untuk kami. Kalau ikutkan, corak burung merak. Hahaha




Setelah siap, Puan Rathiga menunjukkan bagaimana beras diwarnakan.

Asalnya Kak Ida ingatkan beras perlu direndam semalaman. Rupa-rupanya tidak. Cuma gaulkan beras dengan perwarna dan masukkan ke dalam plastik.

Beras akan kering semalaman dan boleh terus digunakan.



Bergambar kenangan. Terima kasih Puan Rathiga. Kelas berakhir dengan hidangan kuih muih dan dan pakej duit raya raya untuk anak-anak.

 

Colum hasil tangan kumpulan anak Kak Ida. Cantik kan?

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my