Sunday, November 18, 2018

Horse, Aina dan Ammar datang

Alhamdulillah, hari ini berpeluang lagi untuk menghadiri program Hipoterapi untuk anak-anak.

Tidak silap Kak Ida, hampir tiga bulan kelas ini tiada dibuat. Teruja betul muka Aina dan Ammar.

Rindu dengan Sir Muthu ya Aina?


Tengoklah gelagat Aina, ada sahaja yang mengusik Sir.



Rider-rider hari ini. 







Hari ini juga, RDA dari centre turun padang untuk berkongsi ilmu dengan para pelajar. Kak Ida turut berpeluang untuk belajar dari pengalaman mereka.

Terima kasih Sir Muthu. Jumpa kita di next class. Insya-Allah.

Saturday, November 17, 2018

Siri Jelajah Ana Edar ke Selatan

Back to business guys.

Semalam, seharian suntuk Kak Ida menyantuni satu-satu program Mommies United JB. 

Alhamdulillah, hujan renyai mengiringi perjalanan Kak Ida ke Batu Pahat. Perjalanan yang memakan masa 1jam lebih berjalan lancar walaupun perlahan.

Syukur, Kak Ida sampai ke Lunatots Parit Raja jam 10.12 pagi. Tarik nafas di kereta dulu sebelum melangkah masuk.

Allahu, rupa-rupanya Yus dan Encik Din (dari Ana Edar) sudah sampai. 

Perjumpaan kali ini berbeza kerana pertama kali program HQ dibuat di di luar daerah Johor Bahru. 

Kak Ida ingin menjadi seorang musafir.

Terima kasih Yus kerana menguruskan program dengan baik.


Majlis dimulakan dengan ukhuwah mengenalkan diri masing-masing. Alhamdulillah, sungguh Kak Ida rindu saat ini.

Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan Al Fatihah, Asmaul Husna dan juga Doa Dhuha.

Gelombang cukup tenang dapat dirasakan ketika ini. 




Sesi perkongsian dengan misi dan visi Ana Edar. Sedar tidak sedar, masa dua jam berlalu dengan cukup pantas.

Perkongsian demi perkongsian terutama Program Selling Without Selling dikongsi kepada RANIA yang hadir.

... ia bukan sekadar bisnes! Percayalah.


Siri Jelajah Ana Edar diakhiri dengan sesi potluck. Kak Fizah membawa nasi lemak Medan yang cukup wow. Belum lagi brownies hasil tangan Kak Sally yang yang mengancam diet Kak Ida.

Grand Messy Day


Perghh... hari yang dinanti. 
Grand messy play di Tasik Biru. 
Alhamdulillah, kami sampai disana jam 9.15 pagi. Cuaca cukup elok (dalam hati mahukan cuaca hujan). Hihi

Kali ini sebanyak 25 keluarga berkumpul. 

Tiada peraturan dan tiada syarat yang perlu dipatuhi. 

Bermainlah lumpur yang ada disitu.

Lagi messy lagi bagus!



Ok, sebelum itu Kak Ida nak kongsikan kebaikan Messy Play atau "Mainan kotor" pada anak-anak. 

Kebanyakan ibu bapa memang tidak menggalakkan anak-anak bermain kotor. 

... dan ya, banyak orang lama yang baru turun dari Tasik Biru menggeleng kepala melihat anak-anak ini bermain lumpur.

"Kalau saya dulu bermain lumpur, memang kena tibai dengan mak ayah".

Betul kan?

Messy play ini merupakan salah satu cara terbaik untuk meransang deria sentuhan anak.






Malah, ketika berjalan di dalam lumpur, jari jemari kaki anak-anak akan mencengkam dan seterusnya kaki dapat grip dengan baik.



Fosil.



Jangan pandang remeh isu geli atau kotor. Malah dalam Islam juga, ada beberapa perkara yang menyentuh tentang kebersihan ditekankan. 

Secara tidak langsung, anak-anak dapat belajar cara membersihkan badan dengan baik. 

Paling menarik perhatian Kak Ida, apabila si dia mengambil air dari tasik yang ada disitu untuk membersihkan diri anak-anak.



Kolam Rongali

Selepas usrah dari Cik Jah, Kak Ida terus bersiap-siap untuk ke membuat Colum atau Kolam Rongali di Taman Sri Skudai.


Kelas ini disantuni oleh sahabat baik Kak Ida dari kecil, Puan Rathiga Devi.

Ok, sebelum itu Kak Ida kongsikan apa itu Kolam Rongali.

Kolam merupakan lukisan di atas lantai di halaman rumah ataupun kuil dan ia adalah salah satu daripada tradisi masyarakat India. Perkataan ‘kolam’ dalam bahasa Tamil membawa maksud indah atau cantik.

Menurut Puan Rathiga, dahulunya kolam dibuat dengan menggunakan tepung ubi. Ini kerana bagi masyarakat India, kolam adalah salah satu cara yang mudah untuk melakukan kebajikan. Bukan hanya cantik untuk dipandang bahkan turut menjadi sumber makanan kepada serangga kecil, semut dan burung.

Antara bahan yang biasa digunakan untuk menghasilkan kolam adalah beras, tepung, kerisik kelapa serta sagu yang diwarnakan dengan pewarna makanan yang selamat untuk dimakan. Corak merak, bunga dan lukisan abstrak sering menjadi pilihan orang ramai dan diwarnakan mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing.

Untuk persediaan kelas ini, Rathiga telah memilih beras dan beliau telah mewarnakan beras sebanyak 7kg. Mudah untuk anak-anak menabur beras berbanding serbuk.

Ada lima warna disediakan iaitu warna merah, merah jambu, biru, hijau dan kuning dan tiga corak yang berbeza dilukis dilantai.

Kelas dimulakan dengan Puan Rathiga menunjukkan bagaimana cara menabur beras pada corak tersebut. Kita perlu pandai bermain dengan warna untuk menaikkan colum.



Aisyah menabur beras pada corak yang berkenaan.


My teacher's today. Puan Rathiga Devi.


Seronok budak-budak (read: mak budak sekali), menabur beras. Terapi paling baik.



Tadaaa... inilah hasilnya colum kami. Cantikkan.

Sebenarnya, Puan Rathiga menyediakan corak ringkas untuk kami. Kalau ikutkan, corak burung merak. Hahaha




Setelah siap, Puan Rathiga menunjukkan bagaimana beras diwarnakan.

Asalnya Kak Ida ingatkan beras perlu direndam semalaman. Rupa-rupanya tidak. Cuma gaulkan beras dengan perwarna dan masukkan ke dalam plastik.

Beras akan kering semalaman dan boleh terus digunakan.



Bergambar kenangan. Terima kasih Puan Rathiga. Kelas berakhir dengan hidangan kuih muih dan dan pakej duit raya raya untuk anak-anak.

 

Colum hasil tangan kumpulan anak Kak Ida. Cantik kan?

Friday, November 9, 2018

Playgroup Zoo Johor

Alhamdulillah.

Hari ini Kak Ida menyatuni Playgroup Zoo Johor anjuran Mommies United JB. Kali ini, playgroup dihost oleh Mamijie dan Mama Ain.

Kumpulan dipecahkan kepada dua dengan mengikut peringkat umur. 

Seperti biasa, Aisyah ditugaskan membeli tiket masuk ke Zoo Johor.


Tiket dewasa RM 2.00 manakala untuk kanak-kanak, RM 1.00 sahaja.

Mereka berkumpul di Sangkar Ular. Memandangkan Kak Ida datang agak lewat kerana menyantuni RANIA yang datang mengambil barang, kami terlepas di bahagian ular. 

Anak-anak dibekalkan worksheet untuk menanda haiwan yang terjumpa di Zoo.



Ammar tengah observe worsheet. 



Alhamdulillah, anak-anak berjemaah membantu satu sama lain.



Terima kasih Abang Ammar. 



Tanda, jangan tak tanda ya anak. Nanti mamijie nak semak kertas masng-masing. Hihihi

Ok, bila anak-anak sampai di bahagian unta, anak-anak sudah mula "lupa diri". Masing-masing berebut hendak memberi makan pada unta berupa kacang panjang yang telah disediakan.

Tidak silap Kak Ida, satu ikat RM 2.00.






... nak juga selit swafoto. 


Seterusnya, kami bergerak ke sangkar Gajah. Ketika ini, mood Ammar sudah mula goyang. Penat agaknya. Jadi, bagi mengelakkan anak-anak menganggu yang lain, si dia membawa lari anaknya bermain playground yang ada disitu.

... dan ya, Ammar mahu naik bot! Masing-masing teruja menaiki bot tersebut.




Selesai naik bot, kami berkumpul semula di Sangkar Gajah untuk review semula playgroup Zoo. 






Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my