Monday, August 21, 2017

Jom bang, jalan-jalan

"Jom bang, jalan-jalan..."

Memang kegemaran Kak Ida melihat panorama petang. Jalan-jalan sekitar taman sambil membawa anak-anak menaiki kelisa yang usianya mencecah lebih dari 10 tahun. Jangan tidak tahu, banyak "tempat menarik" di sekitar taman Kak Ida sebenarnya.

Rajin tak rajin sahaja nak explore. Hihihi

Matlamat sebenarnya, Kak Ida hendak mencari buah cempedak untuk digoreng. Sebelum itu, Kak Ida hendak buat pengumuman, Kak Ida tidak mengidam ya. Cuma tekak memang teringin hendak menikmati cempedak goreng. Tetapi bukan musim agaknya.

Sampai ke Taman Pulai Indah, si dia berhentikan ke satu gerai untuk mencuba nasib kalau-kalau ada cempedak. Nama gerai itu "Durian Viral".


Turunlah Kak Ida, malangnya buah yang dicari tiada.

Si dia memujuk untuk membeli pisang nipah.

Menoleh sebelah kanan, eh, ada kelapa muda. Aisyah sudah lama teringin nak minum air kelapa.

"Abang, nak durian tak?"

Si dia menjawab ringkas. Cuma dengan syarat durian tidak dibawa pulang ke rumah.

Pakcik membelah buah durian, dan letakkan di dalam bakul.

"Makan dimeja itu nak..." sambil tunjukkan meja.

"Bagi dua botol air" sambung pakcik itu pada pekerja beliau.



Pheww... menikmati durian kampung amatlah Kak Ida suka berbanding durian yang sudah dikacuk.

Terima kasih si dia. Walaupun nampak "biasa-biasa", menyantuni nafkah batin untuk Kak Ida berjalan-jalan dengan anak pada waktu petang amatlah Kak Ida sangat gemari.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my