Thursday, May 25, 2017

Tips tangani anak berkeperluan khas

Dalam seminar bagaimana menangani anak berkeperluan khas bersama Kak Jit, beliau ada berkongsi tips.

Dengan menggunakan RINKJE

Apa itu RINKJE?

RUTIN HARIAN
Sediakan rutin harian dan peraturan yang perlu diikuti oleh setiap anak. Amat penting bagi anak istimewa ini untuk mempunyai rutin harian yang khusus supaya mereka lebih fokus dan berdisiplin. Pastikan rutin harian disediakan dengan perancangan yang baik, dipatuhi sepenuhnya dan mudah untuk dijangka.

ISTIMEWA SEMUANYA
Anggap semua kanak-kanak mempunyai keperluan khas. Intervensi yang dibuat bersama anak berkeperluan khas, akan turut memberi manfaat yang besar kepada kanak-kanak yang normal.

NAWAITU
Sebagai seorang guru atau ibubapa, pastikan kita betulkan niat (nawaitu) kita setiap kali mengajar. Niat yang betul dan ikhlas adalah gambaran doa dan harapan sebagai seorang guru.

KINESTETIK DAN VISUAL PERLU DILEBIHKAN
Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas lebih mudah belajar jika menerima 40% ransangan kinestetik, 40% ransangan visual dan 20% ransangan auditori.


JUNK FOOD? 
Makanan segera dan makanan yang diproses mempunyai bahan pengawet yang akan menyebabkan ketidakseimbangan kimia kepada anak berkeperluan khas. Pengambilan makanan sebegini akan menyebabkan mereka lebih agresif dan sukar dikawal.

EMOSI HARUS DIJAGA
Menangani anak berkeperluan khas ini bukanlah perkara yang mudah dan prosesnya kadangkala amat menjerihkan dan akan memberi tekanan kepada guru dan ibubapa. Oleh itu, guru dan ibubapa harus mampu menjaga dan mengawal emosi masing-masing. Disamping itu, emosi anak juga harus dijaga kerana jika mereka berasa positif, seronok dan selamat, mereka akan lebih mudah menerima pengajaran guru.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my