Thursday, February 29, 2024

Majlis Send-off dan Lambaian Kasih Tuan Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor

Hari ini menggalas tugasan terakhir mengiringi Tuan Pengarah bagi Majlis Send-off dan Lambaian Kasih.

Seawal pagi EO sudah menelefon Kak Ida untuk maklumkan tentatif hari ini. Memang padat dan cukup padat! Hehehe...

Bermula dengan Majlis Wacana Pengarah serta Majlis Menandatangani Nota Serah Tugas dan Program Walkabout Pengarah Ukur di Bilik Mesyuarat Tingkat 9, JUPEM Johor.

Kak Ida pantas mencatat maklumat sebelum mengemaskini Page JUPEM Johor. Nah, boleh semput! 

Seterusnya, kami ke PUD Johor Selatan dan IbuPejabat bermula Tingkat 7-9.

Nah, mujur CS follow sahaja. Sampai peringkat pasrah pun iye juga. Hehe...

Majlis diakhiri dengan ucapan alu-aluan, dendangan selawat yang diketuai oleh Tuan Haji Sabiq Haziq bin Jamaludin serta thumb print tepat jam 13.00 petang. Tanda simbolik terakhir CS di Jabatan Ukur dan Pemetaan Johor.

Kemudian, Kak ida bergegas ke Nusajaya pula.

Kemuncak tugasan adalah mengacarakan majlis jamuan perpindahan Tuan Pengarah di Yanalis Cafe, Puteri Harbour.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa, ucapan kata-kata aluan dari Tuan Pengarah dan majlis penyampaian cenderahati.

Alhamdulillah, majlis ini berlangsung dengan cukup sederhana tetapi meriah.

Tidak lengkap kalau majlis ini tidak diakhiri dengan sesi bergambar kenang-kenangan.

Sekali lagi, terima kasih Tuan Pengarah atas tunjuk ajar, pengalaman, teguran, ibrah dan kenangan sepanjang saya berkhidmat bersama CS.

Again, 

Terima kasih "geng komplot". You know who you are. 

Thursday, February 22, 2024

Sticker Book Puzzle

Sejenis kegigihan ok!

Kak Ida menyahut cabaran 1000 stickers dalam Sticker Book Puzzle sempena Tahun Baru Cina. Kak Ida mengambil tempoh lima hari untuk menghabiskannya.

Memang puas hati! 

Hehehe...


Kali pertama Kak Ida tidak berjaya menghabiskannya. 

Nah, simpan sini untuk kenang-kenangan. 

 

Program Kesihatan Senamrobik Jom Sihat!

Alhamdulillah, 

Program pertama bagi Tahun 2024 anjuran Biro Sukan PUSPANITA JUPEM Johor. 

Kak Ida berkesempatan untuk hadir ke Program Kesihatan: Senamrobik Jom Sihat! bertempat di Dewan Iskandar Puteri, JUPEM Johor.

Program ini bermula dari jam 8.00 pagi sehingga ke 9.30 pagi yang diajar oleh Coach Asha.


Berkicap guys! 

Memang seronok kerana Kak Ida dapat divert sekejap dari memikirkan tugas hakiki. Hehehe...

Tidak sah kalau tidak berswafoto bersama teman-teman. Penuh frame gambar. Hehehe...


Bersama sebahagian "geng lepak mana hari ini..." 

 

Wednesday, February 14, 2024

Aturan Cafe Taman Universiti

Yes!

Selepas menikmati western food di Der' Cabin Bistro, Kak Ida mengajak anak-anak ke Kafe Aturan di Jalan Kebudayaan 18 pula. 

Kali ini, untuk pencuci mulut dan menikmati secawan kopi panas bersama si dia.  

Nah, view kafe.


Owner muslim. Alhamdulillah. 



View dari dalam cafe. Menarik!


Seperti biasa, Kak Ida memilih kopi latte dan cappucino untuk si dia. Anak-anak memilih croffle oreo. Ammar sempat memberi komen,

"Kalau ada croffle blueberry lagi sedap kan ibu. Macam kat KL..."

Amboi anak... tersengih Kak Ida mendengarnya.




Tart velvet pilihan Aisyah. 


Cuma itulah, pendapat dua puluh sen. Kalau boleh bila customer minum di cafe, lebih baik kopi dihidangkan di dalam cawan. Selain hendak menikmati rasa kopi, kita nak "jamu mata" dengan art yang dihasilkan oleh barista. Agak kecewa sebenarnya bila kopi dihidang di dalam container

Rosak art. Hehehe... 


Antara dekorasi yang ada.

So far, untuk healing di Skudai atau melepak bersama teman-teman atau keluarga, Kak Ida boleh mencadangkan untuk ke sini. Insya Allah tidak menghampakan. 

Ok, jumpa lagi next posting. Tata.
 

Pengalaman ke Der' Cabin Bistro Skudai, Taman Universiti

Meraikan birthday girl, Aina Insyirah hari ini.

Kak Ida menyambutnya sehari lebih awal kerana Kak Ida terikat dengan temujanji untuk study group pada keesokkan harinya.

Kali ini, anak-anak teringin menikmati western food. Hendak ke tempat biasa, masing-masing sudah jemu. 

Setelah membuat survey, akhirnya anak-anak bersetuju ke Der' Cabin Bistro yang terletak Jalan Kebudayaan 24, di Taman Universiti.  

Bistro ini terletak berhampiran dengan Balai Polis Taman Universiti.


Bistro ini cukup luas dan selesa. Mempunyai lot parking yang banyak dan persekitarannya bersih. Service di sini juga cepat. Overall Kak Ida puas hati disini.

Anak-anak memilih menu seperti


Pilihan si dia dan Adilah - Cabin Chicken Chop.


Pilihan Ammar - Chicken Alfredo Pasta.


Pilihan Kak Ida - Mushroom Chicken Mushroom.


Pilihan Aina merangkap birthday girl - Mac N Cheese


Pilihan Aisyah - Snow White Chicken

Memang berbaloi dengan harga yang cukup berpatutan. Insya Allah, boleh repeat lagi jika tekak mahu beralih selera. Hehehe...

Ok, jumpa lagi di next posting. Tata...

 

Thursday, February 1, 2024

AI untuk Penjawat Awam

Hai semua.

Hari ini just sharing tentang AI untuk penjawat awam.

Sebenarnya, Kak Ida sudah dapat info ini sudah lama melalui rakan sepejabat yang kebetulan mendengar berita ini di radio.

... Katanya wajib untuk penjawat awam. Tetapi, surat arahan dari kementerian masih belum diterima.

Gigihlah mendaftar masuk. Just incase kan? 

Faham-faham sahaja kalau tiba-tiba suruh buat on the dot, memang risau sistem boleh down. 

Kak Ida cuma sempat mendengar beberapa sub tajuk sebelum menutup web ini. (i.e. malas sebenarnya...).

Tup tup hari ini di Facebook, memang ramai yang berkongsi sudah mendapat arahan untuk completekan kursus.

Apa lagi, malam ini Kak Ida luangkan sedikit masa untuk menyelesaikan urusan yang tertangguh.

PADU (checked)
INSTUN - Pengesahan Kehadiran (checked)
AI untuk Penjawat Awam (checked)
HRMIS (checked)

Yeay, it's done!

Nah, 

Satu badge untuk AI Aware dan satu lagi AI Appreciate.

Untuk completekan kursus ini adalah sekurang-kurangnya 4 jam. 

Oklah kan, dapat menambah kursus untuk Tahun 2024. Hehehe...

Ok all, jumpa kita di next posting. Tata.


Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my