Muzium coklat Kota Damansara checked! Sudah lama aimed untuk ke sini, cuma masa yang tidak mengizinkan kalau Kak Ida ke Kuala Lumpur.
Treat the birthday girl.
Kak Ida gerak ke Kota Damansara lebih kurang jam 10.16 pagi.
"Takpe bang, kalau tutup kita ke IKEA terus..."
Iyelah, hari ini bukan sekadar hari Ahad, tetapi cuti umum sempena Tahun Baru Cina. Perlu ada back-up plan kalau muzium ini ditutup. Hehehe...
Alhamdulillah, muzium coklat ini dibuka seperti biasa. Pakej ada lawatan sekolah kerana berbas-bas tersusun di luar muzium.
Ok, ini harga tiketnya,
Tiket dewasa RM 5
Tiket kanak-kanak RM 3
Kalau pergi muzium 1.0, masuk adalah percuma. Alang-alang, kita masuk muzium 2.0 kerana ianya lebih interaktif dan menarik.
"Dulu, kampung atuk kat Sabak Bernam, banyak tanam koko. Ibu pernah tengok nenek menjemur biji koko."
Disini, ada menceritakan sejarah coklat ternama dunia seperti Cadbury, M&M, Forrero Rocher dan macam-macam lagi.
Paling menarik, ada KL chocolate train.
Ada beberapa slot train ini akan bergerak mengikut jadual yang ditetapkan. Jadi, jangan lepaskan peluang melihat train ini bergerak ya.
Seterusnya, ada beberapa tempat untuk mengambil gambar.
Kerusi pun design bar coklat kan. Oh ya, jika kita perhatikan betul-betul lukisan itu, sebenarnya ia disusun daripada gula-gula M&M. Menarik kan?
Akhir sekali, ada chocolate making demonstration oleh chef yang bertugas. Ada sesi rasa yang diperbuat dari 50% dark chocolate.
"Nah rasa, chef kami baru buat..."
Apa lagi, tidaklah kami lepaskan peluang untuk mencuba.
Memang sedap weh. Padu betul!
Akhir sekali, sesi treat anak-anak memilih coklat. Pilih SATU sahaja setiap orang kecuali ibu. Choose wisely.
Memang betul-betul mereka memilih. 😂😂😂
Kami akhir dengan sesi bergambar kenang-kenangan di luar muzium.
Jangan lepaskan peluang untuk ke sini ya.
Jumpa lagi next posting. Tata