Monday, June 27, 2022

Selamat Hari Ayah!

Dapat satu notification email dari Shoppe, "Parcel have been delivered".

Wah, rupa-rupanya hadiah untuk si dia sempena Hari Bapa tahun ini selamat tiba.

Customized khas untuk si dia, 
"This daddy belong to..."


Jatuh cinta berkali-kali bila melihat keychain ini. Cute sangat! 

Setiap satu itu, ada ditulis nama anak-anak. Jadi, kita memang perlu maklumkan pada seller tersebut, nama anak itu untuk Girl atau Boy.

Disebabkan ruang yang agak terhad, jadi Kak Ida hanya letakkan nama Aisyah, Aina, Ammar dan Adilah.

Cantik tak? Hehehe...

Selamat Hari Bapa abang. Terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik untuk zuriat kita. 15 years in counting.

... and of course, more to go!

See you next entry. Tata.

First Day Cover | Perahu Tradisional di Malaysia

Alhamdulillah, perahu yang ditunggu hampir sampai ke daratan. Hehehehe...

Pos Malaysia akan mengeluarkan edisi setem terbaru "Perahu Tradisional di Malaysia" pada 29 Jun 2022.

Keluaran kali ini ada denominasi 30 sen, RM 1.50 dan Miniature Sheet berharga RM 5.00.

Nantikan entry terbaru tentang setem ini. Ok?


Friday, June 24, 2022

Pengalaman di Klinik Kesihatan Mahmoodiah

Toleh belakang.

Akhirnya, Kak Ida terpaksa menyerah diri. Bila tekak mula perit, batuk tidak berhenti-henti dan kahak juga sudah berubah warna.

Petanda sudah tiba masanya Kak Ida ke hospital.

Selesai mesyuarat Cawangan Semakan Kualiti, Kak Ida terus membuat keputusan untuk keluar 4 jam untuk ke KK Mahmodiah.

Setiap kali ke Klinik Kesihatan, pasti akan ada perubahan dari segi pergerakan untuk mendapatkan rawatan. Since COVID-19, memang tiada lagi nebulizer diberikan kepada pesakit.

Kak Ida diarahkan untuk ke "Bilik Saringan Demam" jika kita mempunyai simptom seperti demam, batuk, selsema, di bahagian belakang kiri. Sampai disitu, nurse akan mengambil bacaan suhu untuk demam, blood pressure (BP) dan SPO2. 

Kemudian, baru kita akan buat pendaftaran pesakit luar. Alhamdulillah, pembayaran RM 1 akan dikenakan. Fasiliti kesihatan di Malaysia antara yang paling murah di dunia. 

Selesai pendaftaran, Kak Ida ke bahagian belakang untuk membuat ujian kendiri RTK terlebih dahulu. Ada "sudut batuk" disitu. Tunggu sehingga keputusan RTK itu sama ada positif atau negatif. Jangan lupa, simpan bekas keputusan itu sehingga kita berjumpa doktor.

Alhamdulillah, keputusan RTK Kak Ida adalah negatif. Jadi, nurse terus memeriksa untuk mendengar wheezing di bahagian dada.

Seperti yang Kak Ida bagitahu, tiada lagi pemberian nebulizer dihospital. Nurse akan meminta kita menyedut ubat Ventolin Inhaler sebanyak 2-3 puff (lebih baik kita bawa sendiri inhaler jika ada) untuk memudahkan urusan di hospital.

Kemudian, kita tunggu di bilik rawatan untuk berjumpa doktor.

Akhirnya, plan medication untuk Kak Ida adalah ubat cairkan kahak, prednisolone, dan paracetamol (jika demam).

Syukur, kali terakhir Kak Ida berjumpa doktor adalah pada bulan November tahun lepas. 

Oh ya, pakej hydrocort sekali! Berhuhu sahaja.

Alhamdulillah, selesai akhirnya Kak Ida menerima rawatan di KK Mahmodiah.

Tips:
1. Bawa air mineral atau sedikit kudap-kudapan kerana cafe masih ditutup di KK Mahmodiah.
2. Waktu rehat jam 1 - 2 petang. Sila rancang waktu untuk mengelakkan kita menunggu lama.
3. Kekal bertenang. Jangan lupa membawa kad pengenalan atau passport untuk pendaftaran.

Jumpa lagi kita di next entry. Tata

Swap setem 1 to 1

Salam bloggers,

Alhamdulillah, hari ini Kak Ida nak berkongsi tentang hobi.

Hasil swap setem 1 to 1. Kak Ida dapat mencukupkan tiga koleksi di tangan.

1. 100 Tahun Keretapi Tanah Melayu.
2. Ulangtahun ke-10 PEMADAM.
3. Senjata Tradisional Melayu.

Bukan mudah untuk mencukupkan koleksi. 

Slowly but surely.

Sejujurnya, Kak Ida baru mula mengumpul setem sahaja. Belum lagi koleksi First Day Cover (FDC) atau Miniature Sheet (MS).

Seronok sungguh rasanya bila dapat hunting seperti ini. 

Terima kasih Tuan. Masa untuk memburu setem yang lain pula. 








Sunday, June 19, 2022

Catatan Kehidupan

Salam bloggers,

Hari ini kita mengisi perut dengan sepinggan nasi lemak MB. Harus kerana jadual padat hari ini. Risau masuk angin jika tidak bersarapan.


Pilihan Kak Ida semestinya sebiji telur mata, sesenduk kerang sambal dan dua pedal ayam. Hehehe. 

Selesai bersarapan, Kak Ida terus ke sekolah anak-anak untuk menyantuni mesyuarat Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Selepas urusan pendaftaran di kantin, Kak Ida mengambil kesempatan untuk berbual dan bertanya khabar dengan guru dan ibu yang turut hadir ke mesyuarat itu.


Alhamdulillah, bertuah juga. Hehehe...

Setelah mesyuarat selesai, ibubapa boleh terus mengambil anak-anak untuk pulang sekali. Tidak mahu melengahkan masa kerana petang, ada satu lagi mesyuarat perlu disantuni. 

Reward anak-anak menikmati McDonald untuk mengalas perut sebelum ke sekolah agama pula.


Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Happy mother, happy kids! Gituw.
 

Friday, June 17, 2022

Al Fatihah...

Kali terakhir Kak Ida berjumpa dengan arwah di perkarangan Hospital Forensik Kota Tinggi. Kami berdua sempat bertanya khabar sambil arwah menyelitkan bantuan untuk menyokong program Amal Ramadan PUSPANITA yang lalu.

"Kalau nak apa-apa, jangan segan bagitahu. Insya Allah, mana yang abang boleh tolong, abang tolong."

Begitulah arwah. Seronok betul bila mendengar perancangan program ini. 

Arwah memang follow rapat Program Amal Ramadan ini. Tidak tahulah berapa kali arwah menelefon sambil berkongsi maklumat yang Kak Ida perlukan.

Arwah berjanji akan berjumpa Kak Ida tetapi urusan ke ibu pejabat ditangguhkan dan akan datang juga pada waktu terdekat.

Akhirnya, arwah datang ke pejabat pada 19 April menunaikan janji membawa beberapa kotak kurma.

Tetapi, kami berdua tidak sempat berjumpa kerana Kak Ida perlu menguruskan anak pada waktu tengahari. Huhuhu...

WhatsApp terakhir kami adalah beliau teringin hendak menikmati bubur lambuk Zara.

Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Bubur itu sempat Kak Ida titipkan pada sahabat yang duduk di Kota Tinggi. 

Selamat jalan Allahyarham Mohd Rozi bin Abd Majid ke negara abadi. Terima kasih atas tunjuk ajar dan pesanan yang diberikan.

Kak Ida simpan sini sebagai kenangan. 

Al Fatihah.

Us time di Ben's Independent Grocer

Alhamdulillah,

Spend time with my kesayangan. 

Petang semalam, selepas mengambil anak-anak di transit, Kak Ida mengambil keputusan untuk ke BIG (Ben's Independent Grocer) yang terletak di Nusajaya.


"us time" bila dapat keluar bersama-sama. Minggu depan, jadual Kak Ida agak padat dengan assignment dan juga hal ehwal di pejabat.

Love this picture. 

Kami mengambil peluang untuk menikmati makanan di The Grocer's Kitchen. Menu kegemaran Kak Ida adalah beef lasagna manakala anak-anak roasted chicken dan butter rice.

Air pula boleh di beli dalam pasaraya. Anak-anak cuci mata sekali. Hehehe

... of course, one cup of coffee. Booster tenaga untuk menyelesaikan urusan ByKamilia pula.

Alhamdulillah, terima kasih si dia. Walaupun dalam kesibukan kerja, sudi meluangkan masa untuk kami. 

Ok semua, jangan lupa singgah di BIG dan sharing pengalaman bersama Kak Ida diruangan komen.

Jumpa lagi di next entry. Tata!

Thursday, June 16, 2022

Episod 3 | Pengalaman berharga di PABKL 2022

Selesai menikmati minum petang di Riverside Cafe, Kak Ida terus mengambil peluang "cuci mata" di reruai yang ada.

Di sini ada Peti Gergasi Sumbangan Buku. 

Pantang ada ruang untuk bergambar, pasti tidak lepaskan peluang. Hehehe.

Majlis Pelancaran UniKH akan dibuat di Bilik Kuala Lumpur yang terletak di Aras 5.

Alhamdulillah, jumpa juga bilik ini. Hehehe.

Mata Kak Ida tertacap pada dulang yang tersusun rapi di satu sudut. 

Ya, inilah buku antologi terbaru Kak Ida. Masih "panas" kerana baru sahaja dikeluarkan. Seribu satu rasa Kak Ida bila melihat buku ini depan mata. 

Kemudian, kami diarahkan masuk untuk sesi pendaftaran sebelum duduk di kerusi.

"Tulis nama, nanti tampal di dada atau bahu ya."

Dua tahun hanya berkenalan di alam maya, pastinya Kak Ida tidak mudah mengenali wajah-wajah penulis. 



... bersama Dr Zuridah. Penyelenggara buku Jodoh Kasih.


... bersama Andek.


... bersama Shimah Basri dan Kak Ilham Muslimah.


... bersama Dr Zulkifli Khair. Pensyarah Kak Ida 



... bersama Shimah Basri.


... bersama As


... bersama Ustazah Muzayanah. Penulis Tamu di dalam buku Legasi Abah.


Antara sebahagian gambar kenangan Kak Ida bersama kembar dan rakan-rakan penulis. Terima kasih kerana pernah ada dalam hidup ini.

Meriah! Cukup meriah!

Sunday, June 12, 2022

Episod 2 | Pengalaman berharga di PABKL 2022

Alhamdulillah, kami berjalan kaki dari LRT ke PWTC lebih kurang 10 minit perjalanan.

Sepanjang itu, kami dapat melihat ramai yang menjinjit beg plastik, beg beroda yang pastinya berisi buku untuk dibawa pulang! Memang meriah suasana itu.

... dan Kak Ida sendiri cukup teruja. Ini kali pertama Kak Ida menghadirkan diri ke pesta buku.


Tada... Tepat jam 3.03 petang kami selamat menjejakkan kami ke PWTC. Tepuk bahu bila kami berjaya sampai tanpa tersilap menaiki train! Hehehe...

Mujur Aisyah mengingatkan tentang pejabat pos. Rupa-rupanya, pejabat pos PWTC berada di Tingkat 2 bersebelahan dengan Riverside Cafe.

Jadi, check point yang pertama adalah menghantar poskad "Dear Myself" dan swap untuk rakan sehobi.

Selesai semuanya, tidak sah kalau tidak menikmati kopi di Riverside Cafe. Kami bertiga memilih Latte, teh tarik, Iced Lemon Tea dan juga roti croissant.

"Us time" buat kami. Terima kasih si dia kerana sudi menemani Kak Ida ke sini. Salah satu achievement dalam hidup yang perlu diraikan. 

Nantikan Episod 3 apa yang ada di PABKL. 

Jangan lupa like dan follow blog Kak Ida ya. 

Episod 1 | Pengalaman berharga di PABKL 2022

Yeay, tiba juga hari yang dinanti-nanti.
10 Jun 2022.

Kak Ida sampai di AU4/7 bila angka sudah menunjukkan jam 1.16 pagi. Mama hidangkan nasi, asam pedas ikan merah dan sayur pucuk paku tumis cili padi. 

Tetap berselera ok! Air tangan mama katakan. Hehehe.

Pagi itu, kumpul tenaga dan dalam masa yang sama Kak Ida menulis sekeping poskad "Dear Myself" dari Jurnal Penulisan Mak Sri bagi bulan Jun untuk diposkan di PWTC nanti.

"Tulislah kisah yang indah, tutup aib dan fokus hanya kepada perkara kebaikan."

Alang-alang tujuan ke PABKL, Kak Ida tampalkan sticker "quote" bertemakan buku. 


Kemaskini: Poskad ini selamat sampai ke tangan pada 15/06/2022.

Menjelang tengahari, 

"Pap, nanti nak minta tolong hantarkan kitorang ke LRT Setiawangsa boleh?" 

Alhamdulillah, papa bersetuju untuk menghantar kami bertiga selepas Solat Jumaat. Tidak mengapa kerana Majlis Pelancaran bermula jam 4.00 petang.

Sampai di LRT Setiawangsa, kami berdua teragak-agak sebenarnya. Terima kasih staf yang bertugas kerana membantu kami. 

"Puan turun di Masjid Jamek. Tukar train ke Sentul Timur." 

Cukup jelas penerangan yang diberikan. Tambang kami bertiga ke Masjid Jamek adalah sebanyak RM 8.30. Sangat-sangat berbaloi kerana tidak perlu menempuh jammed.

Sampai di Masjid Jamek, Kak Ida tidak lepaskan peluang untuk mengambil beberapa keping gambar sementara menantikan ketibaan train ke Sentul Timur.

Subhanallah. Cantik betul pemandangan disini.

Alhamdulillah, train ke Sentul Timur sudah sampai. Nantikan [ Episod 2 ] Pengalaman Menarik ke PABL 2022.

See you later!

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my