Saturday, February 27, 2021

Monthly Awards and Recognitions January 2021

Alhamdulillah, permulaan Tahun 2021 yang mengujakan. Terima kasih kepada #SahabatEmas dan kepada yang sentiasa mempercayai servis Kak Ida sebagai introducer (PG00069671).


Semoga dapat mengekalkan kejayaan ini. Insya-Allah.

Thursday, February 25, 2021

Marshmallow time

Sudah lama kami sekeluarga tidak berkhemah semenjak Johor diumumkan sebagai salah satu negeri yang termasuk dalam PKP 2.0

Anak-anak sudah tepu duduk dirumah. 

Jadual kami setiap hujung minggu sebelum ini penuh dengan aktiviti #homeschooling.

Akhirnya, si dia buat keputusan untuk membuat BBQ bersama anak-anak. 


Kami beli chicken wing di Hosey dan perap sendiri ayam dengan bahan yang ada di dapur. Kemudian, si dia mula menyusun arang dan mula membakar. 


Kami akhiri BBQ dengan marshamallow time. Anak-anak ambil peluang membakar marshmallow di atas bara.



Sedap rupa-rupanya makan marshmalow dengan biskut kering Hup Seng. Ada aje menu anak-anak ini kan. Kreatif!

 

Sunday, February 7, 2021

Stok Frozen Food

 Selamat berhujung minggu sahabat bloger. 

Hujung minggu kali ini, kami bercadang memenuhkan stok frozen food. Anak-anak masih berPdPr dirumah, stok makanan mesti sentiasa ada.

Alhamdulillah, kami berjaya membuat donut dan juga kuih kesturi. 


Untuk sekali adunan ini, si dia dapat 60 biji. 


Kuih kesturi ini pula, kami berjaya mendapat tiga bekas. Homemade dari air tangan kami berdua untuk anak-anak.

Saturday, February 6, 2021

Quote #4 | Find Joy In The Journey

Hasil Paint By Number semalam, Kak Ida memilih quote di bawah untuk diabadikan dalam blog Kak Ida.

"Find Joy In The Journey"


 

Thursday, February 4, 2021

Design Masjidil Haram Mekah Public Gold

Alhamdulillah, design Masjidil Haram Mekah sudah ada di dalam akaun GAP. 

Kita boleh keluarkan design ini melalui menu GIT Withdrawal. Hanya perlu membayar Gold Premium sebanyak RM 15 dan postage RM 10 sahaja untuk sekeping kad ini.


Siapa yang sudah berjaya memiliki design ini, sila komen saya di ruangan komen. 

Tiada akaun GAP? 

Bisik Kak Ida di www.wasap.my/60196558504/GAP untuk mulakan tabungan emas.

Harga emas hari ini hanya RM261/gram.



Monday, February 1, 2021

Food For BS

Food For BS

Sebuah pusat perlindungan wanita telah dikuarantin. Ramai antara mereka positif Covid-19. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Sebagai sokongan dan bantuan kepada Rumah Perlindungan Wanita Baitus Solehah, kami dari tim CSR Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu mencari dana untuk menyediakan makanan kepada penghuni di sini. 

Untuk membantu mengurangkan beban, kami membantu menyediakan makanan untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam penghuni seramai 60 orang dalam tempoh kuarantin ini.

Bantuan dari segi wang ringgit bolehlah dimasukkan ke akaun Maybank 551137507754 (Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor Bahru), rujukan Food For BS. 

Kami boleh dihubungi di talian :
(Pn Farhana)

atau
( Pn Zulhaya)

atau
(Pn Ainul)

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my