Monday, October 26, 2020

Kuiz Alam Sekitar Secara Online

Alhamdulillah, Kak Ida berkesempatan untuk mengambil bahagian dalam Program Kuiz Alam Sekitar secara atas talian anjuran JAS Perak.

Tergodek-godek untuk program Go Green di Zon Pulau Aur, Kak Ida ternampak poster ini di Facebook. 

Program ini dijadualkan pada setiap jam 9.00 pagi pada hari-hari yang telah ditetapkan iaitu pada:-

26 Oktober 2020 (Isnin)
27 Oktober (Selasa)
28 Oktober 2020 (Rabu)
29 Oktober 2020 (Khamis)
2 November 2020 (Isnin)
3 November 2020 (Selasa)
4 November 2020 (Rabu)
5 November 2020 (Khamis)

Program kuiz ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

Sebenarnya, Kak Ida terlewat menjawab soalan kuiz ini. Kak Ida bermula 28 Oktober 2020 sehingga tamat pada 5 November 2020.

Tetapi tiada istilah terlewat bukan.

Tahniah kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak kerana berjaya menganjurkan kuiz sebegini.

Sunday, October 25, 2020

Quote #3 | Notes to Self

Don't forget to notes to self

1. Nothing is never to late.
2. Believe yourself.
3. Follow your heart.
4. Never give up.
5. Learn to be tolerant.


 

Saturday, October 24, 2020

ADHD Awareness Month

 Lima perkara asas yang ibu boleh "detect" kelainan pada anak. Ini boleh dijadikan sebagai "indicator" sahaja. 

Disclaimer: Pengesahan sama ada anak ada autism, ADHD, Disleksia dan lain-lain, ianya perlu mendapat pengesahan dari doktor perkembangan kanak-kanak.

Bukan mudah ya kita nak "pointed", 

"Anak ini ada autism..."

"Ooo, yang ini ada ADHD..."

Big big NO!

Ini kerana ia melibatkan spektrum. Malah, ia juga penting untuk mengetahui anak kita dalam kategori mild, moderate atau severe.

Ok, ini dia perkara asas yang ibu boleh tengok ya.

Pertama : Eye Contact

Tiada eye contact bila berkomunikasi. Bila kita bercakap dengan anak, anak akan melarikan mata. Tidak mahu memandang tepat bila bercakap.

Dua : Tantrum

Fuh, memang tak boleh bawa bincang bila anak tantrum. Setakat sejam dua "kacang" sangat. Ini yang boleh berlarutan berjam-jam lamanya. 

Sangat mencabar kesabaran!

Macam Aina, tantrumnya akan bermula jam 11 malam sehingga ke jam 6 pagi keesokan harinya. Ia berlarutan selama hampir tiga bulan. Boleh bayangkan keadaan Kak Ida ketika itu? 

Tantrum bukan setakat menangis atau merengek manja ya ibu. Kadang-kala boleh mencederakan diri mereka sendiri. Ada anak akan mula menghentak kepala ke lantai atau dinding. Dalam kes Aina, dia akan mula menggaru-garu sehingga darah keluar tanpa Aina rasa sakit.

Ketiga : Tiada perkataan yang keluar dari mulut.

Sepatutnya, bila anak sudah mula berumur tiga tahun, anak sudah mampu menyambung tiga patah perkataan. Kalau empat tahun, empat patah perkataan.

Pengiraannya sebegini,

Setahun = satu patah perkataan (ibu)

Dua tahun = dua patah perkataan (ibu, susu)

Tiga tahun = tiga patah perkataan (ibu nak susu)

... dan seterusnya. Anak yang normal mampu bertutur dengan baik.

Seperti Aina, dia lebih suka berkomunikasi dengan menggunakan jari untuk berkomunikasi atau mahu mendapatkan apa yang dia mahu.

Keempat : Tidak boleh mengubah rutin

Fuh! Ini sangat mencabar. Cuba perhatikan bila kita cuba mengubah rutin. Adakah anak boleh menerima dengan baik?

Kelima : Perlu memanggil lebih dari tiga kali.

Asalnya, Kak Ida ingatkan Aina ada masalah pendengaran sebab setiap kali Kak Ida memangil Aina, mesti lebih dari tiga kali. Atau, Kak Ida kena "tap" Aina baru Aina faham Kak Ida memanggil dia. 

Seolah-olah Aina berada dalam dunianya sendiri. Gitulah.

Perkongsian seterusnya, Kak Ida akan cuba kongsikan apa yang perlu dibuat ya.

Silakan share semoganya ianya bermanfaat.

Insya Allah.

Pengalaman Home Self Surveillance

Ramai sangat yang keliru. 


Adakah mereka yang menjalani swab test (calitan) sahaja yang perlu di quarantine?

Disini kita kena "tahu dan faham" tahap hubungan bagi setiap kategori. 

Buat masa ini, Kak Ida di Lapisan 3, 

"Individu yang ada kontak rapat dengan individu dari Kategori B"

Apa prosedur yang perlu diketahui?

Kategori C ini tidak perlu menjalani swab test (calitan) KECUALI, jika Kategori B adalah positif, kami di Kategori C pula yang perlu membuat swab test.

Swab test hanya dibuat jika kita ada kontak rapat atau mempunyai lebih dari dua gejala seperti batuk, sakit dada, atau lain-lain. 

Sebab itu, Kak Ida ambil pendekatan "Home Self Surveillance". 

Salah satu "tanggungjawab sosial" sementara menunggu keputusan dari Kategori B ini dikeluarkan oleh KKM tidak lama lagi.

1. Berbincanglah dengan pihak pengurusan. Ambil langkah sewajarnya atas nasihat pihak pengurusan. 

2. Ambil vitamin C dengan nasihat doktor sebagai prevention. Dalam masa yang sama, pantau tahap kesihatan diri dan keluarga.

3. Tingkatkan kebersihan diri. Alhamdulillah, si dia sudah melakukan sanitasi dirumah.

4. Buat masa ini, menu utama kami adalah sup ayam atau yang direbus sahaja. 

5. Duduk dirumah "stay at home" sehingga keputusan Kategori B keluar sama ada negatif atau positif.

Kak Ida masih bekerja seperti biasa. Hanya work station sahaja bertukar dari pejabat ke rumah.

Anak-anak juga tetap bersekolah seperti biasa. Bezanya anak belajar sepenuhnya atas talian. 

Ambil tanggungjawab Home Self Surveillance itu. 

Jangan nanti dikatakan "kita" pula yang dijadikan punca. 

Dapat sesuatu? 

Apa yang kita boleh buat dengan 1 Dinar

1 Dinar merupakan mata wang yang digunakan sejak zaman Rasulullah s.a.w lagi. 

1 Dinar juga bersamaan dengan harga seekor kambing.

Apa yang kita boleh buat dengan 1 Dinar. 


Berminat hendak menyimpan dinar, terus klik link di bawah ya.



 

Friday, October 23, 2020

Buku tentang emas

 Hasil "menjala" sempena 10/10 hari itu di PG Mall.

Boleh daftar disini ya. 

Alhamdulillah, Kak Ida berkesempatan untuk membeli dua buah buku berkaitan emas.

Pada yang mahu bermula simpanan emas serendah RM 100, boleh whatsapp Kak Ida di
www.wasap.my/60196558504/GAP


Thursday, October 15, 2020

SK Taman Desa Skudai ditutup

Alhamdulillah,

Terima kasih atas doa, kasih sayang dan pertanyaan khabar untuk keluarga Kak Ida. 

Bermula hari ini, kami sekeluarga mengambil pendekatan "tanggungjawab sosial" dengan self quarantine di rumah selama seminggu.

Ya betul, sekolah Aisyah Insyirah Mohammad Syamsul yang terlibat dengan kes positif Covid-19. Sejujurnya, kami tidak mahu menyalahkan sesiapa. Tiada seorang pun yang mahu perkara ini terjadi. 

"Kun fayakun". 

Bila Allah izinkan perkara ini terjadi, ia tetap akan terjadi.




Titipkan doa untuk warga SK Taman Desa Skudai. Doakan semua urusan dipermudahkan. Insya Allah, keputusan swab test hari ini, dapat diketahui dalam tempoh 3-4 hari lagi. 

Besar harapan Kak Ida, tiada seorang cikgu yang dijangkiti. Doakan yang baik-baik sahaja.

Sekali lagi, terima kasih atas kasih sayang yang diberikan.

Wednesday, October 14, 2020

Monthly Awards and Recognitions

 Alhamdulillah, Monthly Awards and Recognitions. 

Ingatkan bulan ini Kak Ida tidak mendapat apa-apa award. Bulan Ogos/September bulan yang sangat-sangat mencabar.

Tugasan yang back to back, program NGO, kerja, The Bahtera Project yang memerlukan perhatian lebih dari Kak Ida.

Sejujurnya, mana yang sempat Kak Ida update, akan Kak Ida update. Kalau tidak, memang mmm...

Terima kasih sahabat emas yang sentiasa mempercayai servis Kak Ida. Terima kasih kepada si dia, mama dan kawan-kawan yang sentiasa mendoakan kejayaan Kak Ida.


Selamat bersara Kak Norlida dan Kak Siew Yin

Alhamdulillah, hari ini Kak Ida berkesempatan untuk meraikan persaraan "small ceremony" Kak Norlida dan juga Kak Siew Yin di Suasana Suites Cafe.

Makanan semua sedap-sedap belaka dengan berlatar belakangkan pemandangan Johor Bahru.

Kami juga bersepakat untuk memakai baju tema hijau kali ini.

Eksklusif untuk bakal pesara. Cafe juga sempat mendekorasi meja dengan hiasan bunga.


Muka senyum bila makanan sampai di meja. Hahahaha


Chicken chop



Tidak mahu melepaskan peluang bergambar kenangan. Ida doakan semoga Kak Norlida dan Kak Chong sentiasa sihat dan berbahagia di samping keluarga tersayang.

Tuesday, October 13, 2020

Journal seekor ulat sutera

Pada 13 Oktober 2020 yang lalu, Teacher Roziah Salim telah membeli beberapa ekor ulat sutera. Jika ada ibubapa yang ingin membeli, seekor ulat sutera berharga RM 3.50 satu.


Pertama kali Kak Ida cuba memegang ulat sutera ini. Allahu, geli geleman. Hahaha


Kak Ida membeli empat ekor ulat sutera. Seekor seorang dengan harapan tidak bergaduh. Mujur daun yang dimakan oleh ulat sutera ini senang dapat. Daun mulberi atau daun limau purut.


Buku journal yang perlu diisi oleh anak-anak. 


Sebelum ke sekolah, memang anak-anak perlu memberi makanan. Boleh tahan juga ulat ini makan. 

Beli empat ekor ulat sutera dengan Teacher Roziah Salim , setakat ini yang hidup tinggal dua ekor sahaja. 

Masih menjadi kepompong. Mendidik sikap sabar anak-anak (i.e Kak Ida) menunggu menjadi seekor rama-rama yang cantik.

Ia satu proses.

Proses yang PERLU kita lalui. Tidak boleh kita "skip" proses tersebut.

Hakikatnya, ada sesetengah manusia yang tidak sabar melalui "proses" itu. 

Semua nak cepat.

Cepat mahu naik pangkat.

Cepat mahu kaya.

Cepat mahu sihat.

Sebagai contoh, untuk naik pangkat, kita perlu melalui proses mendapatkan seberapa banyak pengalaman. Bila Allah sudah izinkan kita naik pangkat pada waktu dan masa yang tepat, kita sudah bersedia.

Kita akan menjadi "rama-rama" yang sangat cantik. Insya Allah. 

... hanya dengan ulat sutera, kita dapat belajar banyak perkara, jika kita mengambil ibrahnya.

 

Monday, October 12, 2020

Selamat bersara Abang Alim

Selepas mengambil Aina di sekolah, Kak Ida bergegas ke Kampung Sg. Melayu untuk menyantuni majlis persaraan Abang Alim disana.

Tidak sampai hati menolak anjakan sahabat untuk sama-sama meraikan. Selepas ini, seorang demi seorang batch dari Abang Alim akan bersara juga.


Patah tumbuh hilang berganti. Tetapi yang hilang, tidak sama dengan yang akan pergi.

Istimewanya di sini adalah menu asam pedasnya. Kali pertama Kak Ida makan Siput Gongong yang merupakan salah satu jenis siput yang boleh dimakan.


Alhamdulillah, walaupun cukup ringkas, ia cukup beerti bagi kami meraikan Majlis Persaraan Abang Alim. 

Semoga Abang Alim sentiasa sihat dan bahagia disamping keluarga tersayang.





 

Sunday, October 11, 2020

Buku Pengat Labu Kasih Sayang

Alhamdulillah, orang pertama yang membeli Buku Pengat Labu Kasih Sayang.

Rasa tidak percaya buku ini bakal diterbitkan tidak lama lagi dan bakal ada di tangan.


Terima kasih Intan kerana menyokong Kak Ida.

 

Saturday, October 10, 2020

Selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia 2020

Selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia sahabat blogger Kak Ida. Hari ini akan disambut pada 10 Oktober setiap tahun.

Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut atas inisiatif Persekutuan Kesihatan Mental Sedunia (World Federation For Mental Health).


Bagi menunjukkan tanda solidariti, kita digalakkan memakai riben berwarna hijau. Riben hijau ini adalah simbol kesihatan mental antarabangsa.

Ia juga menunjukkan tanda sokongan kita yang tidak berbelah bahagi bagi memberi kesedaran dan penyebab kesihatan mental untuk komuniti tersebut.

Jom kita sama-sama.

 

Thursday, October 8, 2020

Pameran Artgeng

Alhamdulillah, hari ini Kak Ida berkesempatan membawa anak-anak untuk melihat hasil lukisan mereka di Pameran Artgeng.

Pameran ini berlangsung pada 1-15 Oktober 2020 di Galeri Seni, Sungai Chat, Johor Bahru.

Sempat juga Kak Ida "meminjam" masa bersama Teacher Farah. Selepas mengambil Aina di sekolah, Kak Ida singgah ke tadika untuk mengambil Ammar pula.

Ralat pula rasa hati kalau tidak membawa anak-anak ke sini.



Tekun Ammar melihat hasil lukisan sahabat-sahabat yang lain.


Yeay, inilah hasil lukisan Ammar. Alhamdulillah, lukisan Ammar berjaya dijual.


Lukisan Aina tergantung disitu.


Teacher Farah mengambil gambar kenang-kenangan bersama Ammar.



Tidak sah kalau tidak bergambar pada arca disitu. Menarik sangat-sangat.





Terima kasih Teacher Farah kerana sudi menemani Kak Ida dan anak-anak ke sini. 

 

Sumbangan face mask dan face shield ke Sek Keb (P) Bandar Tinggi dari Yayasan Zarith Sofia

Sumbangan face mask dan face shield ke Sek Keb (P) Bandar Tinggi dari Yayasan Zarith Sofia.

Menjunjung kasih tuanku. 

 

Monday, October 5, 2020

Pameran Artgeng











 

GIAT | Yayasan Zarith Sofia

Alhamdulillah, 

Terima kasih kepada Yayasan Zarith Sofia atas sumbangan face shield dan mask untuk Pertubuhan GIAT dan Kelab Sokongan Penyusuan Susuibu Johor Bahru. 


Sempat kami bertukar-tukar pandangan, perkongsian dan pendapat tentang hala tuju dan masa depan anak-anak istimewa nanti. Insya Allah. Nantikan cerita selanjutnya ya. 

Saturday, October 3, 2020

Taman mini kami

Hari ini kami anak beranak meluangkan masa untuk mengemas "taman mini" kecil kami. 

Buang daun pokok yang mati, trim pokok dan juga mengalih anak pokok ke pasu yang baru.



Ini juga salah satu sensori anak-anak. Bermain tanah. Murah dan berkesan. Hihihi




Monstera kesayangan.


 

Friday, October 2, 2020

Penangguhan Pendaftaran

 Official.

Nampak gaya semester ini masih coursework. Paling penting, semua selamat dan dilindungi. 

Insya Allah 



Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my