Sunday, March 1, 2020

Tahniah Aina Insyirah

Seawal pagi Kak Ida sudah bersiap-siap untuk menyantuni Hari Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG di sekolah Aina.

Pada awalnya, kami berdua dijemput kerana Aina terlibat dengan persembahan. Selang dua hari kemudian, Kak Ida menerima satu lagi surat jemputan yang memaklumkan Aina akan menerima anugerah di majlis tersebut.


Bila bertanya pada Aina, anugerah apa yang dia dapat, 

"Entahlah... cikgu suka-suka pilih nama Aina..." Tepuk dahi Kak Ida bila mendengarkan jawapan Aina. 


Jam 8.00 pagi, kami ke kantin untuk sesi pendaftaran dan mengambil nombor cabutan bertuah. Nampak pula kelibat si anak sedang menikmati sarapan pagi bersama kawan-kawannya. 


Sambil menunggu masa bermula, ibu teruja untuk membuka buku dah nah... Alhamdulillah, Aina mendapat tempat pertama di Kelas Etika Kategori Pendidikan Khas Sesi 2019 dan menyapu bersih semua subjek.



Menganga sekejap kami berdua melihat pencapaian Aina. Kami tidak menyangka Aina sejauh ini. 



Tahniah si dia, kerana menjadi salah seorang dari Ahli Jawatankuasa PIBG. Demi anak sayang... demi anak... Hahaha

Selepas mesyuarat, Kak Ida mengambil kesempatan untuk mengambil gambar kenang-kenangan Aina bersama kawan-kawannya yang terlibat dengan persembahan.



Cheeky sangat kan?


Terima kasih Cutie Diaper Cake.


Tahniah Aina Insyirah. Always choose to be good ok. 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my