Friday, February 28, 2020

Pengalaman ke BookXcess | Big Box Sunway

Yeay, BookXcess akhirnya dibuka di Johor. Bermula 27 Februari sehingga 1 Mac 2020 merupakan tarikh tawaran hebat. Dengan setiap pembelian RM 150.00 kita akan mendapat baucar tunai sebanyak RM 20.00.

Mujur si dia memahami minat si isteri yang suka dengan "bau buku". Selepas solat Jumaat, terus si dia bawa Kak Ida ke sini.

Hilang sakit kepala Kak Ida. Hihihi



Wahhh....


Paling Kak Ida teruja adalah susun atur bukunya. Cantik weh. Sempat berangan kalau dapat rak buku seperti ini dirumah. 

( ...sudah-sudahlah berangan oooiii)






Best kan...





Kalau dapat baucar ini, berfaham-faham ajelah maksudnya ya. Hahaha

Thursday, February 27, 2020

Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Johor kali ke-27

Setiap tahun, antara program yang Kak Ida nanti-nantikan adalah Mesyuarat Agung PUSPANITA Cawangan Negeri Johor.

Setakat ini, jarang sekali Kak Ida lepaskan peluang ke sini. Banyak aktiviti dan sekali-sekala dapat bersosial bersama teman-teman di jabatan atau di daerah lain.


Sudah kali ke-27 Mesyuarat Agung ini diadakan. Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Sebelum kita masuk untuk mendaftar, kita perlu check suhu badan. Ada staf nurse menanti di depan pintu masuk Kompleks Islam. Maklumlah, virus Convid-19 kali ini bukan kaleng-kaleng. 

Kemudian, daftarkan diri di kaunter pendaftaran dan ambil senarai pencalonan bagi memangkah calon-calon Ahli Jawatankuasa PUSPANITA 2020/2021.


No cabutan bertuah Kak Ida. Nombor 4 dan 5 tidak dapat dipisahkan. Hihihi




Ya kawan-kawan, kita check-in dulu. Kali ini seramai 8 orang pewakilan dari JUPEM Johor di hantar ke Mesyuarat Agung. 



Monday, February 24, 2020

Agihan Dividen PTPTN bagi tahun 2019

Bulan Mac, bermulalah bulan sibuk bagi pembayar cukai. Segala resit perlu dikeluarkan untuk mendapat rebat bagi pengurangan cukai.

Salah satunya ialah simpanan PTPTN. Kita dapat mengurangkan cukai sehingga RM 8,000.00. Banyak kan?


Lihat penyata, eh, dividen sudah dikreditkan dalam akaun pada 31 Januari yang lalu. Sebenarnya, Kak Ida tidak perasan bila kerajaan umumkan. 

Syukur alhamdulillah. PTPTN mengumumkan agihan dividen sebanyak 4%. 

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my