Saturday, December 12, 2015

Program Breastfeeding Counselor Networking Johor (BCNP)

Program BCNP bertempat di Pusat Rawatan Kanak-kanak ADDA, Kak Ida berkesempatan menyantuni program ini.

Objektif BCNP ini ialah:-
  1. Memastikan pesakit yang dirujuk dari seluruh Negeri Johor mendapat bantuan secara segera dari kaunselor laktasi yang terlatih.
  2. Meningkatkan peratusan penyusuan susuibu sepenuhnya di Negeri Johor.
  3. Menaik taraf khidmat kaunselor (Lactation Counselor and BF Peer Counselor) sebagai petugas khas.
  4. Memastikan kewujudan perkhidmatan kaunselor dihargai oleh masyarakat.
  5. Memastikan kaunselor mendapat bayaran yang setimpal dengan memberikan skim pendapatan bulanan hasil daripada perkhidmatan kaunseling.





Saturday, December 5, 2015

Melepak di Kidzoona

Satu tempat kegemaran melepak Kak Ida dengan anak-anak.

Bertempat di Kidzoona, Aeon Kulai, banyak aktiviti menarik untuk anak-anak. Jadi, sambil ibu ayah membeli-belah, anak-anak boleh ditinggalkan disini.

Harga tiket RM10 - Weekdays dan RM15 - Weekend & Public Holiday.










Alhamdulillah, anak-anak suka dengan tempat ini.


Saturday, September 5, 2015

Sumbangan biji benih pokok

Penyumbang biji benih pokok untuk si dia.

Alhamdulillah, terima kasih ya.

Kak Ida sangat menghargainya! 


Friday, August 7, 2015

Catatan kehidupan | 07 Ogos 2015

Malam ni singgah satu persoalan di inbox. Seorang ibu meluahkan rasa, melepaskan tekanan.


Sejujurnya, kita kadang-kala hilang sifat empati dan simpati.

Contoh yang jelas jika anak kita tantrum di tengah-tengah khalayak manusia, ada ibu lain yang memandang kita seolah-olah tidak tahu menjaga anak! Mujur la itu baru 'cara memandang'. Bukan lagi hamburan 'kata-kata pujian' yang singgah di telinga kita.

Renungkan sejenak jika kita berada di 'dalam kasut' ibu tersebut. Jadilah seorang yang prihatin.

Walaupun anda bergelar ibu yang dikatakan tidak mempunyai anak yang bermasalah, itu tidak bermakna anda sudah 'terlepas!'

Ujian demi ujian ada. Itu lumrah kehidupan.

Syukur saya ada Aina. Saya cuba pandang dia dari sisi yang lain. Bila ilmu semakin kita gali dan digali,

Banyak lagi yang kita perlu belajar sebenarnya sebagai ibubapa. Saya tidak malu berkongsi apa yang saya buat seperti menghadiri speech therapy, OT dan lain-lain.

Sebab saya tahu, ramai lagi ibu yang mengalami masalah yang sama, cuma tidak tahu hendak merujuk kepada siapa.

Yang penting,

Jangan jadi orang yang mudah menjatuh hukum.

Terkenang saya ketika menghadiri pelbagai kumpulan sokongan seperti cerebral palsy, autisme, penyusuan susu ibu dan lain-lain lagi. Ibu yang mempunyai anak yang istimewa memang saya cadangkan supaya hadir ke support group.

Support group ini sangat penting bagi mereka yang mempunyai anak yang istimewa. Bertukar-tukar pendapat, pandangan dan idea.

Percayalah, anda tidak berseorangan! 

Gembira dapat bantu ibu ini. Semoga Allah permudahkan urusan ibu.

Thursday, July 30, 2015

Catatan Kehidupan | 30 Julai 2015

Alhamdulillah, baca kisah ulangtahun perkahwinan sahabat manis, sejujurnya rezeki perkahwinan selepas berkahwin itu memang lain!


Setakat ini, sudah 8 tahun kami berkahwin tak pernah sehari pun tak makan! Ada sahaja rezeki walaupun nasi bercurahkan telur kicap.

Anak tetap berderet-deret juga! hik hik hik

Penambah penarik rezeki orang kata! 

Perkahwinan salah satu cara pembuka rezeki! Walaupun agak sukar pada permulaannya. Insya-Allah.

Percaya dengan rezeki yang Allah sudah aturkan. Yang penting berusaha. Minta pasangan mendoakan rezeki kita sentiasa murah dan diberkati!

TETAPI,

Bab nak cari 'induk' lain, saya NO KOMEN!

Ok?

Sunday, July 26, 2015

Bilik Penyusuan Susu Ibu KD Skudai

 Assalammualaikum ibu,

Saya hendak buka peluang untuk ibu supaya kita sama-sama merealisasikan impian untuk membuat satu bilik penyusuan susu ibu di KD Skudai.

Mana-mana ibu yang berada berhampiran Skudai dan Johor Bahru yang hendak membuat sumbangan kerusi, tikar, menderma pam susu sangat-sangat dialu-alukan.


Insya Allah, projek ini perlu direalisasikan dalam masa 2 minggu.

JOM sama-sama menyumbang! 

Kak ida sangat-sangat menghargainya!

Thursday, June 18, 2015

Friday, June 12, 2015

Projek Sedekah Subuh

Alhamdulillah.

Projek Sedekah Subuh telah ditutup. Sumbangan sebanyak 32 pek tamar cocoa dan 16 pek G-Oat juga telah diserahkan kepada pihak yang berkenaan untuk diagihkan kepada lapan orang asnaf di sekitar Ayer Baloi, Pontian.

Saya doakan rezeki penyumbang dimurahkan oleh Allah swt dari segenap penjuru. Amin!

Lukisan pertama Aina

Lukisan pertama Aina. Dalam proses untuk mengasah daya tumpuan dan untuk Aina belajar menerima arahan.

Alhamdulillah!

Abaikan lukisan batang dan ranting pokok. Tangan ibu memang 'keras' dalam hal-hal seni. Hihi


Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my