Sunday, July 30, 2023

Beg setem dari Eco-Shop

Salam bloggers,


Yeay, hari ini Kak Ida singgah ke Eco shop di Taman Universiti semata-mata untuk mendapatkan beg dan lori bertemakan setem!

Hasil racun Tuan Syed Ezam yang "membocorkan" sumber.

Istimewanya beg ini adalah memaparkan 14 "wajah" negeri di Malaysia sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan kali ke-66 yang disambut 31 Ogos setiap tahun.

Cantik kan?

Mujur la harga beg ini RM 2.40. Astagfirullah. Nyaris Kak Ida memborong beg ini untuk dihadiahkan kepada rakan sehobi.

Satu lagi yang Kak Ida beli untuk cukupkan koleksi di sudut filateli adalah lori Eco Shop.

Nampak? 

Bertemakan setem juga. Haruslah kena dapatkan sebiji untuk kenang-kenangan. 

Ok, cukup perkongsian kali ini. Jumpa kita di next posting. Tata.

Kedai Kopi Java Pitstop Pontian

Kali kedua ke sini bagi meraikan "Hari Kemenangan Ibu" bersama keluarga tersayang.

Kali pertama Kak Ida datang dengan si dia dengan Kak Haya. Mahu berubah angin minum kopi di Pontian. Hehehe...

Pada asalnya, Kak Ida mahu ke kedai xyz. Tetapi, bila mendengar review mengatakan kopi disitu tidak sedap + mahal, Kak Ida ambil keputusan untuk membatalkan hasrat untuk kesana.

... dan nah, Allah lorongkan ke Kedai Kopi Java Pitstop. Antara tarikan kedai ini adalah menghidangkan menu "favorite" all the time. Ada kacang pool, lempeng cecah sambal ikan bilis dan jemput-jemput ikan bilis


Dekorasi bertemakan industrial. Memang cantik dan kemas. 

Kedai kopi ini dibuka bermula jam 4.00 petang hingga 10.00 malam. 

Pilihan kopi kami adalah latte, cappuccino dan kopi java kampung yang dihidang bersama "biskut mayat". Wow sangat kan?

Kacang pool

Lempeng

Jemput-jemput ikan bilis.

Harganya memang berpatutan. Alhamdulillah.

Jangan lupa, kalau ke Pontian, singgah disini ya.

See you next posting. Tata


Jom ke Big Bad Wolf Johor 2023

Salam bloggers,

Yeay, Big Bad Wolf datang lagi ke Johor. Kali ini BBW ke Lotus Mutiara Rini sehingga 6 Ogos 2023.

Kejutan dari si dia sebenarnya. Selepas lepak di Java PitStop, kami terus ke sini. Sungguh, meraikan "Hari Kemenangan Ibu". 


Ya, sudah namanya buat di tapak parking lot, kena faham cuaca disini agak panas. Untuk yang membawa anak-anak kecil, pastikan membawa mini kipas, air minuman dan juga "sesuatu permainan" untuk melekakan jika parents membeli-belah buku terlalu lama.

Kalau tidak, memang merengek kepanasan la jawabnya. Hehehe...

Buku di BBW dijual serendah RM 3.00. Memang berbaloi kalau mencari buku aktiviti untuk anak-anak. Coloring books, activities book, stickers book dan lain-lain. 

Sambil membelek buku (sebenarnya Kak Ida mencari buku bertemakan post box, post office building atau postcard) Kak Ida ternampak la buku Roblox ini. Hehehhe... Jangan kata ibu tak payung!

... dan nah, kami akhirnya balik ke rumah mania selepas semua mendapat buku pilihan masing-masing. Jumlah keseluruhan mencecah RM 83.50. it's not bad right? Hehehe...

Ok, see you next posting. Tata

Friday, July 28, 2023

Art Therapy Session : Serlahkan Kreativiti Anak-anak Bersama Cikgu Bayu

Salam GIAT

Pertubuhan GIAT akan menganjurkan Parents Support Group 4/2023 seperti berikut:

ART THERAPY SESSION : Serlahkan Kreativiti Anak-anak Bersama Cikgu Bayu


Penceramah : Cikgu Rosita/Bayu, Pengajar Kelas Seni Visual, Galeri Seni Johor, Yayasan Warisan Johor.

Tarikh : 12.08.2023 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Ruang CME, Bangunan Ixora, Hospital Permai.
Bayaran adalah untuk setiap penyertaan: RM 20.00/keluarga

Link pendaftaran: http://bitly.ws/PkoA

Bank Islam : 0104-10100-39570 (PERTUBUHAN IBUBAPA ANAK-ANAK ISTIMEWA JB)

Pertanyaan, hubungi/whatsapp:

☎️ Izzati 0137443322
☎️ Ida 0196558504
☎️ Zida 0162339340

Tempat TERHAD untuk 20 keluarga sahaja.

Keutamaan diberikan kepada yang telah membuat pembayaran.

Mohon HEBAHAN.

Terima kasih.

Thursday, July 27, 2023

First Day Cover | Pokok Cengal Terbesar

Alhamdulillah, First Day Cover bertarikh 27 Julai 2023 dengan tajuk Pokok Cengal di Malaysia keluar sebagaimana yang dijadualkan.

Ada dua design lukisan berdenominasi RM 1.50 setiap satu. 


Jangan lupa dapatkan sekeping First Day Cover | Pokok Cengal Terbesar di Malaysia. 

Tuesday, July 18, 2023

Lawatan tapak Program Sensory Camp

"Kita berkumpul lepas Maghrib di Dewanraya Gelang Patah."

Begitulah pesanan ringkas dari penyelaras program. 

Selepas memunggah barang-barang sensory ke dalam kereta, kami terus bergerak ke destinasi yang dituju. Perjalanan memakan masa hampir setengah jam juga. 


Alhamdulillah, Dewan Raya ini betul-betul terletak di pekan Gelang Patah berhadapan dengan Pejabat Pos dan Klinik Kesihatan Gelang Patah. 

Kami disambut oleh pengawal keselamatan yang bertugas pada malam itu.

Tidak sangka dewan ini cukup luas. 

Tugas malam ini adalah memasang banner, penyediaan tempat untuk peserta, hiasan pentas dan juga menyusun 10 stesen untuk sensory.



Alhamdulillah, kerjasama yang diberikan cukup baik. Semua ringan tulang membantu persediaan malam ini.


Peserta akan duduk mengikut kumpulan yang telah ditentukan.


Hasil kerjasama malam ini. Tinggal menunggu peserta dari semua Sekolah Pendidikan Khas di bawah Zon Majlis Bandaraya Iskandar Puteri esok pagi.



Semuanya selesai menjelang jam 10.30 malam. 

Jumpa esok!


International Imitating Stamp Competition 2023





Congratulations

to you on getting a great opportunity to participate in International Imitating Stamp Competition 2023 ‌ participating countries are Malaysia, Indonesia and Philippines.

Registration is now open from 3 July - 31 July.
Free participation
This competition is easy as a piece of cake . All you need is a stamp chosen by you and your creativity  .
International e-certificate and amazing prize up to RM 1000 will be given. Isn't it interesting!

What are you waiting for .Join us and have fun ! 

For more information , feel free to visit our website https://kelabfilatelichspj.wixsite.com/imitating-stamp-comp


Friday, July 7, 2023

Sensory Camp 2023

Another Sensory Camp.

Kali ini melibatkan sekolah-sekolah di bawah Zon Majlis Bandaraya Iskandar Puteri. Rupa-rupanya, terdapat 22 sekolah yang mempunyai PPKI.

Satu jumlah yang banyak.

Ok, kali ini Kak Ida ditugaskan menjadi salah seorang Jawatankuasa Pelaksana dari Pertubuhan Ibubapa dan Anak-anak Istimewa Johor Bahru (GIATJB). 

Alhamdulillah, minggu ini Kak Ida telah mula membeli barang-barang keperluan sensori yang dibantu oleh Puan Nurhidayah dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILLKM).

Yeay, barang pertama yang telah sampai semalam iaitu cone dan yoga blocks. 

Insya Allah, Kak Ida akan kongsikan program ini dari semasa ke semasa. 

Doakan team Kak Ida ya. 

Thursday, July 6, 2023

Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pos Besar Johor Bahru

Alhamdulillah,

Setelah geram melihat seorang demi seorang mengemaskini status sudah ke Pejabat Pos untuk Hari Bertemu Pelanggan yang berlangsung pada 6 Julai 2023.

Melihat jam ditangan, masih ada masa lagi. Waktu ini, anak-anak masih belum balik lagi dari Sekolah Agama. Laju roda ini bergerak menuju ke destinasi.

Ada sudut untuk bergambar.

Kak Ida disapa mesra oleh staf yang bertugas. 

"Ingatkan akak tak datang," sapa staf Pejabat Pos tadi.

"Insya Allah datang. Kak Ida mesti datang untuk support,"

"Alhamdulillah, ramai hari ni yang datang kak. Nak buat Setemku... Akak nak buat tak?"

Belum sempat Kak Ida memberikan jawapan, Kak Ida ditegur dari belakang...

"Cikgu ke?" tanya seorang pegawai lelaki.

"Ooo tidak, saya dari Komuniti Filateli,"

"Kak, kenalkan... inilah Ketua Pos Besar Johor Bahru," 

"Ooo... selamat berkenalan tuan. Tahniah kerana berjaya menganjurkan program ini,"

Kak Ida ambil kesempatan untuk bergambar dengan beliau dan pastinya tidak lepaskan peluang untuk koleksi "Setemku".

Semestinya, gift yang cukup menarik dari Pejabat Pos untuk Kak Ida letakkan di sudut filateli. 

Yeay. cantik kan?

Terima kasih Pejabat Pos Besar Johor Bahru atas gift ini. Ada notebook, sticker, miniature sheet Pokok Tertinggi di Malaysia dan pita pengukur. Rasa terharu sangat dengan layanan mesra yang diberikan.

Ada rezeki, kita berjumpa lagi.

See you next posting. Tata.

JJCM | The Lightwood by Mues

"Jom bang, kita lepak..."

Kepala ini sarat memikirkan program back to back sepanjang dua minggu ini. Kena "time out" untuk meredakan tekanan.

"Kita ke tempat baru ya bang? dekat aje.."

Kami ke The Lightwood by Mues yang terletak di Jalan Abdul Samad. 


Cukup mendamaikan dengan suasana kehijauan. The Lightwood menggunakan tema putih, kelabu dan hijau.


Hiasan disini cukup ringkas. Sesuai dengan mood Kak Ida pada waktu itu yang mahukan ketenangan.

Kami memesan Dirty Latte dan Latte Coffee serta sourdough untuk kudapan. 


Hiasan didinding bertemakan "world map". Berkenan sungguh! Kreatif kan? 


Fuh, padu betul. Recommended!


... bersama si dia. 



Alhamdulillah, suasana ini dapat melarikan diri dari terus tepu. Terima kasih abang menemani Kak Ida.

Saturday, July 1, 2023

JJCM | QuickBite @ Bandar Baru Kangkar Pulai

Petang ini Kak Ida ke QuickBite di Bandar Baru Kangkar Pulai.

Ingin menghabiskan masa bersama keluarga. Hehehe...

Di QuickBite, memang sesuai untuk minum petang kerana menu utama disini adalah waffle, pasta, sweet corn, corndog, fries dan biscoff.

Memang berpatutan sangat-sangat harganya. Kak Ida tengok, paling murah adalah RM 4.30 untuk sekeping classic waffle yang tebal. Jika premium, sekeping waffle harganya RM 5.50.

Insya Allah, memang boleh mengenyangkan.



Pelbagai jenis waffle dan pilihan topping yang kita mahu.

Boleh makan disini kerana kedai ini memuatkan dua meja dengan kapasiti lapan (8) orang dalam satu-satu masa.



Tebal kan?

Ok, kalau ke sini, singgah ya. Kita #supportlocal.

Alamat:

32, Jalan Pulai Ria 2, Bandar Baru Kangkar Pulai.

Tema Poskad Julai

 Alhamdulillah,

Admin Pencinta Poskad 2P telah mengumumkan tema poskad bagi bulan Julai.


Sejujurnya, tiada paksaan. Tetapi, kita digalakkan untuk membalas poskad yang telah diterima. 

"Orang memberi kita merasa." 

Tema poskad kali ini ialah berkenaan lukisan (illustrations), binatang (animals) atau warna kesukaan (favourite colour).

Jika ada sahabat blogger Kak Ida berminat untuk turut serta, jangan lupa masuk ke group ya. https://www.facebook.com/groups/1075796936583777

Jumpa disana!



Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my