Monday, July 1, 2019

Ziarah Raya PUSPANITA JUPEM Johor | Rumah Kak Ros

Acara ziarah raya PUSPANITA JUPEM Johor untuk tahun 2019 masih diteruskan. Kali ini Kak Ida akan menziarahi rumah Kak Ros di Taman Anggerik.

Sementara menunggu ketibaan ahli yang lain, seperti biasa, kami akan bertanya khabar tuan rumah. Alhamdulillah, Kak Ros nampak cukup sihat. Macam-mana menu yang disediakan untuk santapan tengahari kami. 



Marhaban diketuai oleh Puan Suzana Sarijan, manakala doa pula dibaca oleh Puan Balqis.

Tuan rumah menyediakan hidangan nasi putih, ayam masak kari, asam pedas tetel, telur dadar, ulam-ulaman, sambal belacan serta buah nanas, belimbing dan jambu batu. Sedap gaiss, Maklumlah, orang lama yang masak kan. Air tangannya itu istimewa sangat.


Kak Ida bergambar kenangan bersama Kak Ros. 





Sepatutnya, Kak Ida menghadiri Ziarah Raya PUSPANITA JUPEM Johor di rumah Kak Ramlah, tetapi disebabkan Kak Ida perlu menghadiri kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu , hasrat tersebut terpaksa dibatalkan,

Mujur dapat berlaga pipi dengan Kak Ramlah di rumah Kak Ros. Tidak pernah tidak cantik kakak yang seorang ini.


Ok, jom balik. Alhamdulillah, tamatlah sudah Ziarah Raya PUSPANITA JUPEM Johor kali ini. Insya-Allah, jika ada permintaan, program ini akan dibuat pada tahun hadapan pula.

Terima kasih tuan rumah kerana kesudian menerima kehadiran kami. Kami doakan semoga tuan rumah dilimpahi rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.

Insya-Allah.






No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my