Saturday, July 13, 2019

Jalan jalan Kelantan | Pasar Tani Terapung Pengkalan Datu

Assalammualaikum,

Salam hari kedua di Bandar Kota Bharu, Kelantan.

Hari ini Kak Ida sudah merancang untuk pergi ke beberapa tempat antaranya Pasar Terapung.

Ada dua pasar terapung di Kelantan sebenarnya. Satu di Pasar Terapung Pulau Suri dan satu lagi di Pasar Terapung Pengkalan Datu.

Setelah membuat pertimbangan, Kak Ida memilih untuk ke Pasar Terapung Pengkalan Datu sahaja.

Sejujurnya, tiada signboard yang mencukupi untuk pelawat datang ke sini. Kak Ida tercari-cari tempat hampir 15 minit walaupun sudah bertanya pada penduduk setempat disitu.

Tempat juga agak tersorok. Takpelah, paling penting dapat jumpa.



Menjual kuih-muih tradisional kelantan. Ada akok, roti jala dan macam-macam lagi.


Konsep pasar terapung adalah kita (pembeli) membeli di atas parkin yang disediakan. Penjual menjual di dalam perahu.


Menjual nasi kerabu.



Eh, disini juga ada menyediakan perkhidmatan bot untuk menyusuri Sungai Pengkalan Datu. Bayaran yang dikenakan hanya RM 5/seorang.

Kami tidak mahu lepaskan peluang merasai pengalaman ini.




Bersedia untuk berlepas.



Ini merupakan tempat membela ikan siakap.



Alhamdulillah, ada rezeki dapat melihat nelayan menjala ikan.


Terima kasih Pok Teh. 

Kemudian, kami mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan sekitar Pasar Tani disitu. 


Lokan




Ikan masin dan keropok. Banyak ikan-ikan masin yang Kak Ida tidak berapa kenal sebenarnya.



Alhamdulillah, selesai pitt pitt kedua Kak Ida untuk hari ini. Pengalaman menarik untuk mereka yang ingin ke Kelantan.


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my