Tuesday, July 9, 2019

Selamat bersara Tuan Haji Rashid

Assalammualaikum semua,

Alhamdulillah, hari ini Kak Ida menyantuni sahabat sepejabat Kak Ida yang akan bersara pada minggu ini. Tuan Haji Rashid bin Hassan di Fern Pine Cafe, Hotel Holiday Villa, Johor Bahru.

Entry ini khas untuk Tuan Haji Rashid. Kenangan paling Kak Ida tidak boleh lupakan adalah apabila beliau menemani Kak Ida membeli aksesori pam pada tahun 2010. Kisahnya, ketika itu, Kak Ida sedang sambung belajar di Pahang. Beg yang berisi aksesori pam susu Kak Ida telah tertukar secara tidak sengaja oleh pemandu bas di Kota Tinggi.

Sampai di rumah, baru Kak Ida perasan beg itu bukan kepunyaan Kak Ida. Berpeluh-peluh mengenangkan buku nota, pakaian dan paling penting, aksesori untuk pam susu Kak ida.

Untuk ibu yang menyusukan anak, aksesori pam adalah satu perkara paling penting pada waktu itu. Mujur, ketika itu ada Sarakids di Johor Jaya. Beliaulah yang membawa Kak Ida ke Sarakids membeli peralatan itu semula. Kalau tidak...

Maklumlah, Kak Ida dulu hanya tahu "jalan yang lurus". Pergi dan balik pejabat sahaja. Si dia pula di Muar pada waktu itu. Huhuhu...

Bagi Kak Ida, itulah kenangan yang paling tidak boleh dilupakan. Semoga Allah membalas sebaik-baik ganjaran pada Tuan Haji.

Ok, kita ke tajuk semula...


Seramai 39 orang yang hadir ke majlis yang cukup meriah dengan kehadiran sahabat-sahabat dari zaman unit CPS dan eQC.


Sambil menanti kehadiran sahabat Kak Ida lain sampai, Kak Ida mengambil keputusan untuk berjalan-jalan mengambil angin diluar pintu cafe. Nah, terbentang pemandangan bandar Johor Bahru yang menakjubkan dari Tingkat 9 hotel.



Kami dijamukan dengan menu Asia tengahari ini. Makanan pula memang tidak mengecewakan. Memang puas hati termasuk layanan mesra kakitangan cafe tersebut.





Kek ini merupakan simbolik majlis akan bermula. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dari Encik Sufi dan seterusnya kata-kata dari Tuan Haji Rashid sendiri.





Sebelum balik, kami beramai-ramai mengambil gambar sebagai kenangan di tangga. Memang meriah dengan telatah masing-masing.


Selamat bersara Tuan Haji Rashid. Ida doakan Abang Rashid dan Kak Ana diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang dan sentiasa berada di rahmat Allah s.wt selalu.

Terima kasih atas tunjuk ajar dan ilmu yang dicurahkan selama ini.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my