Sunday, July 28, 2019

Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu Johor | Kursus Kaunseling Lay Counselor

Assalammualaikum, hai semua.

Hari ini Kak Ida menyantuni program anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Johor dengan kerjasama Kelab Sokongan Penyusuan Susu Ibu untuk Kursus Kaunseling : Lay Counselor.

Program ini adalah kesinambungan dari hasil perbincangan ketika kami menghadiri Majlis Perasmian Bilik Mama Friendly di Nusajaya .

Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan asas kaunseling dan psikologi, mendedahkan kepentingan kaunseling dan psikologi dalam masyarakat serta memberi kemahiran kaunseling kepada pertubuhan NGO/NGI dan juga orang awam dalam membantu kerajaan membina sebuah masyarakat yang harmoni.



Kursus ini telah diadakan di Bilik Seminar KPWKM, UTC Johor yang terletak di Menara Ansar. Dapat juga kami merasa melalui 'bridge' dari Menara Ansar ke Galeria Kotaraya. Hahaha



Kita check-in dulu sebelum sarapan pagi. Syukur, seramai enam orang peserta dari JUPEM Johor turut serta pada kursus kali ini.


Mata Kak Ida cukup tertarik dengan cenderamata yang digantung di pantri. Nampak comel sangat. 


Kami diberi pendedahan "role play" dalam kaunseling. Banyak aktiviti-aktiviti yang dibuat untuk memberi kefahaman kepada peserta dan juga kesimpulan yang diperolehi dalam setiap role play yang dibuat. 

Penuh dengan gelak ketawa melihat telatah kami untuk menjayakan satu-satu aktiviti. Memang happening.




Penceramah merupakan Pegawai Kaunselor dari LPPKN Negeri Johor, Puan Lee Yin. 

Antara perkara yang sangat dititikberatkan dalam kaunseling adalah etika kerahsiaan yang perlu dijaga antara kaunselor dan klien.



Dalam waktu senggang, Kak Ida sempat menikmati coklat panas bersama Kak Haya sambil berkongsi aktiviti kesibukan kami seharian. 



Tidak sah jika tiada sesi bergambar. Kami menyokong penuh program "Hentikan Keganasan Rumah Tangga". 



Bergambar kenangan bersama penceramah kami, Puan Lee Yin.

Terima kasih Puan Lee Yin atas perkongsian ilmu. Banyak ilmu yang kami perolehi dalam waktu yang cukup singkat. Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain masa. 

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my