Selepas Kak Ida bersarapan di bangunan Tabung Haji, Kak Ida ambil peluang untuk masukkan duit raya anak-anak untuk batch II.
Tiada apa yang berbeza bila Kak Ida di kaunter pun. Cuma, hati terdetik, kenapa pegawai di kaunter print di belakang slip simpanan.
Allahu, baru tahu Tabung Haji sekarang sudah tidak menggunakan buku simpanan lagi. Sama seperti bank-bank komersil yang lain dan juga ASB. Gigihlah selepas ini ibu simpan buku-buku ini untuk kenangan sahaja.
Jumlah simpanan akan diprint di bahagian belakang slip simpanan/pengeluaran wang untuk pelanggan.
Ia berkuatkuasa semenjak minggu ketiga bulan Jun untuk mengurangkan penggunaan kertas. Patutlah...
Selepas ini, ibu perlu download apps Maybank untuk menyemak baki terkini yang ada di buku Tabung Haji anak-anak.
Kita perlu belajar menerima perubahan. Bukan mudah pada awalnya. Tetapi lama kelamaan, ia akan menjadi alah bisa tegal biasa.

No comments:
Post a Comment