Sebenarnya, kaki Kak Ida terpelecok ketika mengambil Aina di sekolah. Punyalah sakit tetapi masih boleh bertahan. Huhuhu
Balik dari kerja, Kak Ida terpaksa mengalah. Kak Ida membuat keputusan untuk terus singgah ke Klinik Kesihatan Mahmoodiah. Rasa berdenyut-denyut di kaki sampai menangkap ke kepala.
"Bengkak sangat ni puan. Balik ni jangan lupa tuam. Saya berikan ubat kurangkan bengkak dan tahan sakit ya"
Baik... baik... (Itu sahaja yang mampu Kak Ida ungkapkan). Selepas mengambil ubat, Kak Ida terus balik ke rumah.
Sampai di rumah, minta si dia siapkan barang untuk menuam.
"Tuam panas ke tuam sejuk?" tanya si dia.
Aduhai, ada jenis-jenis tuam juga ke? Terus Kak Ida blurrr... Hahaha
Bila si dia melihat Kak Ida diam, terus dia mengoogle. Heheheh
"Ok, tuam sejuk dulu dalam 10 minit, kemudian rehatkan kaki dalam persekitaran bilik lebih kurang 15 minit. Nanti sambung balik tuam sejuk ni..."
Harap-harap surut la bengkak ni... Adalah tu Allah nak ganti yang lebih baik.
Selepas itu, si dia memapah Kak Ida naik ke bilik untuk berehat.
Tiba-tiba, Kak Ida terdengar ketukan pintu.
"Ibu... nak urut kaki?"
Macam pucuk dicita ulam mendatang. Kak Ida mengangguk laju
Aisyah mengambil tanggungjawab untuk mengurut lembut kaki ibu pula. Sempat lagi dia membebel, "kaki ni bengkak, bla... bla... bla..."
Boleh tahan sedapnya si Aisyah mengurut. Sampai terlena ibu dibuatnya. Selepas dia pastikan ibu sudah tidur, Aisyah selimutkan ibu.
Alhamdulillah. Terima kasih Aisyah.
No comments:
Post a Comment