Perjalanan penyusuan Kak Ida bermula pada tahun 2008.
Kenapa 2008 sedangkan Aisyah bersalin hujung Januari 2009,
Ini kerana Kak Ida sudah mendidik hati untuk menyusukan anak sepenuhnya. Malah, pam (ketika itu jenama Spectra3 yang berat) juga sudah dibeli awal-awal di susuibu.com sebagai persediaan.
Ada kelapangan masa, Kak Ida akan melayari forum (dulu forum susuibu.com yang paling popular) dan cuba memahami masalah penyusuan yang timbul.
Walaupun menyusukan anak adalah "semulajadi" atau "natural", sangkaan Kak Ida meleset sama sekali selepas kelahiran Aisyah. Semuanya tidak mengikut "plan birth" seperti yang telah dirancang.
Kak Ida terpaksa menjalani pembedahan kecemasan dan Kak Ida terpaksa "direhatkan" beberapa hari di wad. Aisyah pula diletakkan di wad NICU buat sementara waktu.
Disinilah "kesabaran" Kak Ida diuji. Selepas keluar dari wad bersalin, dan dengan tiada pengalaman langsung, teori yang Kak Ida baca selama ini semuanya "terbang". Bengkak susu, sakit atas bawah (setiap kali menyusukan anak, kesan pembedahan sakitnya Allah yang tahu), puting luka, sembelit, masitis dan macam-macam masalah yang timbul. Belum lagi kata-kata,
"Bagi aje... pandai nanti budak tu menyusu...",
"badan kering macam ni memang takde susu..."
dan macam-macam lagi kata-kata yang menghiris tangkai jiwa.
Ya, Kak Ida sudah mula rasa putus asa. Malah, si dia juga sudah belikan susu formula sebagai "back-up".
Pada tahun 2009, mana ada lagi peer councelor untuk meluahkan pemasalahan yang timbul. 😅
Mengadu nasib pada si kakak, jelas nada suara Kak Ida yang cukup kecewa. Esoknya, Kak Ida dikejutkan dengan hadiah satu kotak yang cukup besar. Rupa-rupanya, bantal berbentuk "U" untuk menampung bayi ketika menyusukan anak. Terima kasih along.
Allahu, masa itulah Kak Ida bersemangat semula. Kak Ida minta si dia untuk membuang susu formula yang sudah dibeli. Bermula semula dan alhamdulillah, hampir sebulan baru Aisyah dan Kak Ida "mendapat rentak".
Penyusuan bersama Aisyah, Kak Ida dapat belajar
1. Menguruskan ebm ketika berjauhan dengan anak.
2. Menjalani pembedahan kerana tersumbat.
3. Berjumpa pengasuh yang dapat menguruskan pemberian ebm.
... dan macam-macam lagi
Alhamdulillah, disitulah titik permulaan yang membuatkan Kak Ida nekad untuk membantu ibu-ibu untuk dapat menyusukan anak sekurang-kurangnya enam bulan pertama.
Kak Ida dipilih menyertai kursus MBfPC di Melaka pada tahun 2010 dan terus bergiat aktif sehingga sekarang.
Alhamdulillah, bukan mudah tetapi dengan ilmu, insya Allah ibu boleh.
Kaunselor Laktasi,
Ida Kamilia Mudzakir
#bffotosokongan
#KelabSokonganPenyusuanSusuibuJohorBahru
#PeerCounselor
#DuniaLaktasi
No comments:
Post a Comment