Wednesday, July 3, 2019

Homeschool | Wayang kulit

Kebetulan Aisyah sedang belajar membuat wayang kulit untuk subjek DSV,


 Kak Ida ambil peluang ini untuk berjumpa dengan Tuan Sapari bin Sukarjo di Kompleks Kraf Johor Bahru.


Beliau merupakan pembuat wayang kulit di Johor Bahru. Boleh dikatakan beliau pakar dalam bidang ini kerana sering membuat persembahan di merata-rata tempat.

Hampir satu jam Kak Ida menghabiskan masa rehat dengan beliau untuk memahami jalan cerita wayang kulit.

Sangat sangat menarik!

Kak Ida ke sini untuk membeli perkakasan untuk membuat wayang kulit sebenarnya. Terus beliau bercerita tiga watak penting dalam wayang kulit iaitu 


Kak Ida sempat grab dua keping wayang kulit untuk diwarnakan oleh Aisyah nanti. Oh ya, wayang kulit ini dibuat dari kulit kambing. Jadi, secara tidak langsung, Aisyah boleh belajar tentang tekstur kulit haiwan sekali. 

Terima kasih tuan atas cenderahati. Terima kasih atas layanan dan budi baik tuan. Insya Allah, kita akan berjumpa lagi.

Agak-agak kalau beliau buka kelas untuk belajar mewarna wayang kulit, ada yang mahu ikut?

Kebetulan Aisyah sedang belajar membuat wayang kulit untuk subjek DSV, Kak Ida ambil peluang untuk berjumpa dengan Tuan Sapari bin Sukarjo.

Beliau merupakan pembuat wayang kulit di Johor Bahru. Boleh dikatakan beliau pakar dalam bidang ini.

Hampir satu jam Kak Ida menghabiskan masa dengan beliau untuk memahami jalan cerita wayang kulit. 

Sangat sangat menarik!

Ada tiga watak yang diceritakan oleh Tuan Sapari iaitu Dewa Sinta, Dewa

Dewa Shinta
Shinta merupakan puteri dari seorang bidadari bernama Batari Tari atau Kanun isteri dari Rahwana. Mengikut penceritaan, Shinta adalah titisan dari Btari Widawati isteri dari Dewa Wisnu.

Dewa Rama Wijaya
Dewa Rama Wijaya lebih dikenali dengan nama Ramayana, Ramaragawa, Ramacandra, Ramabadra, Ramadewa dan Raguputra. Ia merupakan putera tungga Prabu Dasarata raja negara Ayodya. Rama adalah titisan Dewa Wisnu yang bertugas mencipta kesejahteraan dunia. Ia berjuang bersama diknya, Leksmana. Rama telah berkahwin dengan Dewa Shinta, titisan Bathari Sri Widowati. Hasil dari perkahwinan tersebut, mereka memperolehi dua orang cahayamata iaitu Lawa dan Kusya.

Rahwana
Dasamuka atau Rahwana adalah putera kepada Resi Wisrawa dan Dewi Sukesi. Dasamuka merupakan watak antagonis dalam penceritaan ini kerana selalu menurut kata hato.


Dari kiri, Dewa Rama Wijaya, Dewi Shinta dan Rahwana

Buat masa ini, itu sahaja yang Kak Ida boleh kongsikan serba sedikit watak-watak yang ada di dalam wayang kulit.

Kembali kepada misi asal, 

Kak Ida sempat grab dua keping wayang kulit untuk diwarnakan oleh Aisyah nanti. Oh ya, wayang kulit ini dibuat dari kulit kambing. Jadi, secara tidak langsung, Aisyah boleh belajar tentang tekstur kulit haiwan sekali. Jadi, ia agak mahal sedikit berbanding jika kita mewarna di atas kertas.


Terima kasih tuan atas cenderahati. Terima kasih atas layanan dan budi baik tuan. Insya Allah, kita akan berjumpa lagi.

Agak-agak kalau beliau buka kelas untuk belajar mewarna wayang kulit, ada yang mahu ikut?


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my