Monday, July 22, 2019

Sambutan Hari Ibu Bapa Peringkat Negeri Johor | UTM

Assalammualaikum buat pembaca blog Kak Ida.

Kak Ida doakan yang sentiasa follow blog Kak Ida sentiasa sihat dan dirahmati oleh Allah swt.

Hari ini Kak Ida menyantuni Program Forum Kita kan Keluarga : Membina Harapan Malaysia Baru di perkarangan Dewan Banquet Bangunan Canseleri Sultan Ibrahim UTM, Skudai Johor.

LPPKN Johor telah bekerjasama dengan Pusat Kaunseling UTM, PEMADAM Negeri Johor dan Sinaran Ilmu Learning and Consultancy.


Check in dulu.


Kak Ida ke sini bersama-sama rakan sepejabat Kak Ida. Nah, pangkat-pangkat abang semuanya. Hihihi


Sebelum forum berlangsung, ada slot dari Pusat Kaunseling UTM yang disampaikan oleh Puan Hadayah Ahmad. Beliau membuat satu aktiviti kekeluargaan yang cukup menarik.

Kami diberikan sehelai kertas. Di sebelah helaian kertas, kami perlu menulis nama suami isteri dan disebelah helaian pula, kami perlu menulis nama anak-anak pula.

Kemudian, kami dikehendaki melipat kertas tersebut. Tidak kisah apa juga bentuk. Asalkan ada "hasilnya".




Nah, Kak Ida melipat kertas tersebut seperti topi. Kami diminta untuk menerangkan maksud hasil lipatan kertas tersebut. Ada empat penjuru (sempena bilangan empat orang anak). Puncak topi itu seolah-olah kami ingin capai satu matlamat yang sama. 

Di dalam dewan, ada beberapa booth yang dibuka. Kak Ida memang tidak mahu melepaskan peluang untuk menjengah booth-booth kerana pasti ada yang menarik. Antaranya Jabatan KEMAS, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), PEMADAM, Pusat Kaunseling UTM, LPPKN, Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim dan lain-lain lagi. 



Semestinya, ini yang paling menarik perhatian Kak Ida. Hallah... hallah, terus terkenangkan Ammar. 


Booth daripada Jabatan KEMAS.


Booth dari PEMADAM Negeri Johor.


Sahabat manis dari Jabatan Pembangunan Wanita, Encik Nazri.


Sahabat manis dari sekolah rendah, Puan Salwana.


Kuiz kekeluargaan dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim.

Forum bermula jam 10.30 pagi. Forum yang sangat-sangat padat dengan "isi" oleh para panel yang berpengalaman dalam bidang masing-masing.


Menarik dengan kata-kata ahli panel, Al Fadil Ustaz Hanafiah Abd. Razak.

Kita kena lengkapkan bermacam-macam ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk mengelakkan diri kita dan keluarga dari "barratah".

Apa itu barratah?
- terperangkap ke lembah kesengsaraan
- terperangkap ke lembah kesukaran
- menjadi mangsa keadaan atau "kambing hitam".

Dengan ilmu yang kita ada, walaupun kita jatuh dan terperangkap dalam barratah, kita boleh bangun semula.

Bukan kita jatuh, terus tidak boleh bangun (bunuh diri).

Sebab itu, pentingnya ilmu pengetahuan dalam diri kita.

Insya-Allah.


Kak Ida bersama Yang Bhg. Prof Dr. Durrishah Idrus Durraishah. 

Insya Allah, Kak Ngah ingat pesan auntie,

"Go to extra mild".


Tidak sah kalau tidak ke UTM untuk tidak meluangkan masa bersama sahabat manis. Syukur, ada rezeki masa kita berjumpa lagi ya sahabat. 

Alhamdulillah, hari yang cukup energetik dan positif untuk Kak Ida. Insya-Allah, nantikan entry terbaru Kak Ida lagi.

Jangan lupa klik butang "Follow" di penjuru blog Kak Ida.

Tata.

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my