Semenjak kebelakangan ini, Ammar cukup minat dengan ship. Ok, sejujurnya, Ammar panggil ship "Ti ta nic". Hahaha
Jadi, lakaran-lakaran lukisan anak bujang ini akan berkisarkan ship.
Kebetulan semalam, Kak Ida ke kedai buku yang tidak jauh dari pejabat Kak Ida. Sengaja menghabiskan ruang waktu selepas makan tengahari.
Lukisan yang dihadiahkan kepada Teacher Gee.
Alhamdulillah, Allah rezekikan mata Kak Ida tertacap pada buku ini yang terletak di belakang. Memang menarik bila Ammar "unboxing" buku ini.
Terima kasih acik Sikin kerana belanja Ammar buku ini. Cukup terharu melihat Ammar yang excited meneroka apa yang ada di dalam buku ini.
No comments:
Post a Comment