Saturday, July 13, 2019

Jalan jalan Kelantan | Warung Acu Tera

Selamat petang gojesss...

Antara tempat yang mama mahu di Kelantan adalah menikmati sotong celup tepung. Taklah termenung, cuma iyelah... kalau ke Terengganu, memang berlambak warung yang menjual sotong celup tepung kan? 

Alhamdulillah, akhirnya berjumpa juga.

Next our JJCM Kak Ida ke Kelantan adalah ke Warung Acu Tera di Pantai Sabak. Perjalanan memakan masa 20 minit dari tempat penginapan.


Suasana di Pantai Sabak yang cukup menenangkan hati.
 

Kus semangat, ramainya umat manusia disini. Mujur tidak mengambil masa yang lama untuk menunggukan tempat duduk. 


Di Warung Acu Tera mengamalkan konsep "layan diri" atau self service. Ada pensel dan kertas order yang disediakan di satu sudut. Kemudian, serahkan sahaja pada tuan kedai.

Kami memesan setiap satu set sotong, udang dan dua ekor ikan kembung celup tepung



Nah, sibuk weh department dapur. 
  


Full house ok! Kak Ida cadangkan datang awal ke sini. Warung Acu Tera ini bermula jam 3.00 petang sehingga 10.00 malam.


Harga setiap menu.





Nah, memang sedap weh tepungnya.... Nyesal pula order sepinggan sahaja sotongnya. Hihihi

Memang segar dari laut.




Muka puas hati mama bila dapat makan sotong celup tepung idaman hati. Hahaha




Pemandangan laut menjelang maghrib sebelum Kak Ida bergerak pulang ke tempat penginapan. Subhanallah, cantik sangat view Pulau Sabak ini. Kalau kita sampai awal dalam tengahari, Kak Ida galakkan untuk ke tempat nelayan memunggah hasil tangkapan ikan disitu. 


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my