Kids At School.
Alhamdulillah, anak-anak sibuk beraktiviti hari ini.
Bermula dengan bermain pistol pada waktu pagi, kemudian bersambung dengan kelas making a pizza (umur 4 tahun) dan membuat sunflower (umur 5 tahun).
Cukup teruja aih. Tidak sabar mahu tunjukkan pistol yang dibawa.
Ibu-ibu yang lain pun sangat sporting untuk jayakan aktiviti anak-anak. Kami (ibu-ibu) berpakat untuk membawa potluck bagi penyediaan pizza seperti cendawan butang, sos, dough, sosej, crab sticks, cheese, mozarella dan macam-macam lagi. Alhamdulillah, itu pun rezeki juga kan kerana dipertemukan dengan ibu yang menyokong kuat aktiviti anak?
Bersedia untuk berperang. Hihi
Selepas berperang, Get ready for making a pizza.
Sabar menanti pizza sedang dimasak.
Kelas Ammar belajar huruf 'S' hari ini. Jadi, jom buat sunflower.
Alhamdulillah, Kak Ida memang sukakan konsep pembelajaran seperti ini. Pasti banyak cerita yang akan dikongsi petang nanti. Terima kasih teacher Dzul Iman kerana mendidik khalifah melalui pengalaman.
No comments:
Post a Comment