Thursday, July 11, 2019

Homeschool | Desastay Santai D'sawah

Burung yang berkicauan,
Air mengalir tenang,
Sejuk mata memandang,
Damai mempesonakan.

Padi melambai-lambai,
Gadis di tepi bendang,
Walau panas membahang,
Tetap manis tersenyum riang.

Ke kirilah (ahai) ke kananlah (ahai)
Inilah desa yang tercinta (ahai)

Sambung nyanyi ke?

Mahu meluangkan masa bersama keluarga di tempat yang damai?
Tercari-cari aktiviti unik untuk beri kenangan terindah buat anak2?
Nak release stress dan bercuti?

Sertai kami HS Johor dalam program ulung kalinya 'Sawah Padi Fun Trip' pada 20 dan 21 September 2019 di Desastay Santai D'sawah, Muar.

Program berbayar ini sangat istimewa kerana selain bermalam di desastay, ada  aktiviti menanam padi, membuat orang-orang dan mendayung.

Ada disediakan basikal untuk sesiapa yang mahu berbasikal di kawasan sawah dan desa.. Tiada bayaran sewa. Wow sangatkan?

Berminat ke berminat? Kalau nak daftar atau ada sebarang pertanyaan boleh whatsapp admin lekaih,



Oh ya, limited families. Siapa cepat daftar, dia dapat join... yok, apa tunggu lagi?


No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my