Alhamdulillah, menu makan malam kita pilih yang bakar-bakar sahaja. Atas faktor usia mungkin. Hahahaha.
Maklumlah, dalam usia begini, risau juga penyakit yang datang. Malah, dalam kehidupan yang serba pantas ini, stress ibarat "makanan" kita. Nampak normal, tetapi sebenarnya boleh "memakan diri" kita sedikit demi sedikit.
Bila sudah stress, masalah lain pasti akan timbul.
Celik mata sahaja pada waktu pagi, sudah bersusun apa yang perlu dibuat pada hari tersebut. Belum lagi tugasan-tugasan "ad-hoc". Rutin setiap hari semakin padat. Memang banyak panduan, petua dan perkongsian untuk kita kurangkan stress, tetapi diri kita yang menghadapnya hanya Allah yang tahu.
Betul?
Mujur Kak Ida suka menulis. Menulis ini dapatlah juga Kak Ida jadikan terapi selain . daripada tidur. Hihihi
Oklah, sekian dulu coretan hari ini. Insya Allah, kita berjumpa di entry akan datang.
No comments:
Post a Comment