Hari ini hari yang dinanti-nantikan. Sister BF akan berkumpul lagi tahun ini dan seperti biasa, kami akan berkumpul di Ibu Rumah Sister BF, Kak Haya.
Tidak lengkap raya jika tidak ke sini setiap tahun. Kami akan berkumpul sambil makan-makan. Bertanya khabar dan pastinya penuh dengan gelak ketawa.
Mujur kedai buah-buahan ada di "belakang" rumah, singgah disitu selepas balik kerja, sebakul pisang Kak Ida ambil.
Special request from Sister BF, jemput-jemput pisang.
Mujur rumah Kak Haya dekat, jadi, Kak Ida mengoreng jemput-jemput ngam-ngam mereka sampai. Tidak mahu jemput-jemput pisang sudah sejuk bila dimakan.
Sampai sahaja di rumah Kak Haya, terus menyenduk asam pedas ikan tenggiri. Walah! memang menyelerakan weh. Dapat pula part kepala... Rasa? hihihi
Ketupat palas, rendang daging dan kuah kacang dibawa khas oleh Mama Effa. Teh tarik dibawa khas oleh Linda Nasir, owner Ateh Corner ok.
Sempat kami selfie dulu sebelum makan. Hahaha
Ok, ini paling win. Bila mama Noorul sampai dan membawa seguni penuh buah durian masuk ke dalam rumah. Terus meriah suasana raya.
Tersenyum lebar si dia bila jumpa durian. Hahaha
Durian IOI ada, durian kampung ada, durian tembaga ada... aduhai...
Sesi tapau makanan yang ada.
Alhamdulillah, memang meriah (read: sangat meriah). Rasa nak pecah perut sebab terlebih gelak. Lebih-lebih part ambil gambar kami berlima. Posing kena sama dengan tahun lepas. Aduh, sabar ajelah. Suami masing-masing pun sporting sahaja melayan kerenah kami.
Terima kasih Sister BF. Insya-Allah, ada rezeki dan panjang umur, kita berjumpa lagi.
No comments:
Post a Comment