Monday, July 15, 2019

Jalan jalan Kelantan | Istana Jahar Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan

Alang-alang Kedai Kopi White House ini terletak di bersebelahan Istana Jahar, Kak Ida tidak mahu melepaskan peluang untuk ke sini.

Serba sedikit tentang Istana Jahar ialah ianya terletak berhampiran dengan Istana Balai Besar dan ia juga merupakan istana-istana yang menarik yang ada di sekitar Kota Bharu. 

Istana Jahar kini dijadikan sebagai Muzium Adat Istiadat DiRaja Kelantan yang mempamerkan sejarah Kesultanan Negeri Kelantan. 

Tiket masuk untuk dewasa berharga RM 2.00 manakala untuk kanak-kanak adalah RM 1.00. Sesuai untuk membawa keluarga disini.



Istana Jahar ini juga merupakan Warisan Kebangsaan. Di pintu masuk istana,ada kereta kuda yang digunakan semasa Majlis Raja Bersama Rakyat sempena Hari Keputeraan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan yang ke 52 di Istana Negeri Kuang Keriang pada tahun 2002.




Baju untuk adat istiadat perkahwinan diraja,



Puri pertunangan.



Koleksi tembaga.












Ketika majlis berkhatan.





Di sudut belakang Istana Jahar ini terdapat dua buah tangga berpusing ke atas bagi menghubungkan tingkat atas pula. 








Peralatan untuk membuat laksa.


Bilik peraduan pengantin,



Ruang surung ini terletak di bahagian hadapan berhampiran pintu masuk. Ruang ini digunakan untuk mempamerkan pelbagai jenis koleksi tekstil seperti kain limar, kain songket, kain cindai, kain suter dan lain-lain lagi. 



Jangan lupa untuk mengisi buku pelawat yang disediakan sebagai kenang-kenangan.









































No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my