Sampai dirumah manis menjelang maghrib. Bermula bulan Julai 2019, Kak Ida sudah mula bekerja lebih masa.
Buka sahaja pintu masuk, nampak si dia sedang sibuk membersihkan ikan.
"Nasi abang dah masak... sorrylah, abang pun baru sampai."
Tengok ikan uji rashid aka mata besar yang sudah siap dibersihkan, Kak Ida capai masuk ke dalam bekas. Letakkan garam kunyit dan terus panaskan minyak.
Capai pula kangkung untuk dibersihkan dan dalam masa yang sama masukkan ikan ke dalam kuali selepas minyak dipanaskan.
Tips masak lebih cepat, buka dapur lagi satu untuk menumis sayur.
Nah, dalam masa 30 minit semua sudah siap terhidang di atas meja.
"Abang, alhamdulillah. Kita kan satu team. Jom makan..."
No comments:
Post a Comment