Monday, July 15, 2019

Jalan jalan Kelantan | White House Coffee

Tidak sah kalau kita tidak ke Kedai Kopi White House yang terletak di Jalan Sultanah Zainab, Kota Bahru, Kelantan ini. 

Kak Ida dicadangkan pergi oleh pemilik spa yang kami pergi pagi semalam. Setelah bersiap untuk check-out dan kami juga ada masa lagi sebelum kami bergerak pulang ke Johor Bahru. Jadi, Kak Ida tidak mahu melepaskan peluang ini. 

... dan ya, tempat ini merupakan salah satu pilihan tempat untuk bersarapan pagi di Kelantan.

White House Coffee ini dibuka dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 petang dan disambung semula jam 8.00 malam sehingga ke 1.00 pagi.  Ia betul-betul terletak berhampiran pusat bandar dan bersebelahan dengan Istana Jahar. 

Istimewa disini adalah roti bakar yang disapu kaya (yang dibuat sendiri) dan kopinya yang cukup kaw. 


Signboard Kedai Kopi White House.



Banyak pilihan menu untuk sarapan pagi. Kak Ida memilih untuk menikmati nasi dagang dan roti bakar (mesti cuba).



Roti bakar dengan kaya dan marjerin. Memang menyelerakan.


Kaw kan kopinya. Kita juga boleh membeli kaya dan kopi disini.


Alhamdulillah, alang-alang ke sini, jom kita ke Istana Jahar pula. Jom.



No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my