Assalammualaikum pembaca blog Kak Ida.
Hari ini Kak Ida mahu bercerita bagaimana kita menyimpan duit secara kreatif dan menyeronokkan.
Sebenarnya, Kak Ida suka menyimpan dengan target mengikut hari atau minggu.
Cabaran 30 hari!
Sebagai contoh, kalau bulan Mei ada 31 hari, Kak Ida akan menyimpan mengikut bilangan hari pada bulan tersebut.
Begini pengiraannya:-
1 Mei = RM 1.00
2 Mei = RM 2.00
3 Mei = RM 3.00
Insya-Allah, jumlah keseluruhan simpanan kita akan mencecah RM 496.00/sebulan jika simpanan kita pada bulan tersebut ada 31 hari.
Banyak kan?
Simpan tanpa sedar. Memang menyeronokkan dan memberi cabaran yang tersendiri.
Kena pandai "cut cost" untuk pastikan kita dapat menyimpan.
Kemudian, pada awal bulan, pastikan sebahagian duit simpanan kita dapat membeli emas 1g (mengikut harga semasa).
Jadi, setiap tahun kita akan dapat menyimpan 12g dalam akaun GAP tanpa sengaja.
Mudah kan menyimpan duit?
Paling penting adalah konsisten dan berdisplin! Paksa diri untuk menyimpan kerana cash is king.
Semoga entry Kak Ida kali ini bermanfaat pada semua. Jumpa kita di entry yang akan datang. Tata
No comments:
Post a Comment