Friday, May 11, 2018

JJCM | Yong Tau Foo Lembah Keramat

Jika Kak Ida balik "kampung" di Lembah Keramat, Kak Ida tidak akan lepaskan peluang untuk singgah ke Pasar Malam Lembah Keramat.

Pasar malam ini ada dibuka setiap hari Jumaat.

Ada satu gerai yang menjual Yong Tau Foo. Memang recomended. Kena pergi awal sebab memang ramai orang yang membeli. Kalau lambat, memang sold out. Huhuhu

Apa istimewanya pada pandangan Kak Ida? Istimewanya terletak pada kuahnya dan dimakan dengan kuew tiaw (optional).

Ada dua pilihan kuah yang disediakan iaitu sos yong tau foo dan kuah sup. Dua-dua memang sedap. 



Pilih jangan tak pilih. Harganya berbeza ya setiap item.

Yong tau foo ini juga tidak disusun pada lidi seperti kebiasaan. Tetapi disusun sahaja dalam bekas.



Jumlah yong tau foo yang Kak Ida ambil ini adalah sebanyak RM 32.00. Not bad harganya. (Besar pula sotong lembut dalam mangkuk ni...)


Setelah memilih, yong tau foo ini akan direbus sebentar dan digunting kecil.

Pada peminat yong tau foo, jangan lupa ya singgah di pasar malam Lembah Keramat setiap hari Jumaat petang. Insya Allah.

Jumpa kita di next entry. Tata

No comments:

Post a Comment

Hubungi Kami

Ida Kamilia binti Mudzakir
Facebook: www.facebook.com/ida.kamilia.mudzakir
Blog: www.idakamiliamudzakir.blogspot.my